SDG 3 – Apa Kaitannya Dengan Pelaksanaan Kerusi Keselamatan Kanak Kanak

SDG 3 – Apa Kaitannya Dengan Pelaksanaan Kerusi Keselamatan Kanak Kanak. Baru baru ini kerajaan telah mengumumkan tentang penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS). Bermula 1 Januari 2020, penggunaan kerusi keselamaan kanak-kanak adalah wajib di dalam kenderaan.

Usaha ini mengundang pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia, rata rata menyokong tindakan ini, namum ada juga segelintir masyarakat yang mengemukakan pendapat bahawa pelan tindakan untuk pelaksanaannya perlu lebih di perhalusi.

Menurut statistik kemalangan jalan raya yang di keluarkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, kematian yang melibatkan kemalangan jalan raya adalah sebanyak 6284 pada tahun 2018 dan 6740 pada tahun 2017.

 

Pecahan dari statistik tahun 2017 ini, 148 darinya adalah kematian yang melibatkan kanak-kanak berusia 10 tahun kebawah.

Dalam tempoh 10 tahun (2007-2017), jumlah kehilangan nyawa untuk kanak-kanak di bawah 10 tahun adalah sejumlah 1,559 kematian dengan purata 156 kematian kanak-kanak setahun akibat kemalangan jalan raya.

Seperti yang sedia maklum penggunaan CRS dalam kalangan negara maju adalah tidak asing lagi. Ini untuk mengurangkan impak pelanggaran kepada penumpang kanak-kanak dan seterusnya mengelakkan kecederaan parah dan kematian.

Kerusi keselamatan kanak-kanak yang akan digunakan di Malaysia perlu mengikut standard yang ditetapkan oleh United Nation Regulation, iaitu R44 dan R129.

Pelaksanaan kerusi keselamatan kanak-kanak ini sangat positif dan pasti ianya di harapkan dapat mengurangkan kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya bagi kanak-kanak.

Peningkatan jumlah kematian dalam kalangan kanak kanak di Malaysia memberi kesan jangka masa panjang terhadap ekonomi negara kerana bakal kehilangan sumber tenaga untuk pembangunan negara kelak.

Salah satu matlamat di dalam SDG3 dibawah poin 3.6, iaitu Menjelang 2020, bilangan kematian dan kecederaan global akibat kemalangan jalan raya, bilangan kematian ini perlu dikurangkan sehingga separuh.

Nyata matlamat ini perlu kita kejar demi memastikan kehidupan sihat dan kesejahteraan untuk semua peringkat umur. Dan pasti sekali kadar kematian ini perlu di kurangkan bagi setiap golongan bukan sahaja tertakluk untuk kanak-kanak.

Jika kita lihat statistik, kematian yang melibatkan kemalangan dari jenis motorsikal adalah yang tertinggi di Malaysia, di ikuti dengan motokar.

Trend is konsisten dalam tempoh 10 tahun sejak 2009 lagi. Oleh itu sebagai individu, kita perlu mengambil inisiatif dalam mengurangkan statistik kemalangan ini.

Terdapat 13 matlamat didalam SDG 3 untuk kearah kehiduapn yang sihat dan sejahtera.  Mungkin tidak semua orang dari kita terlibat dalam kesemua matlamat ini, tapi pasti kebanyakkan kita adalah pengguna jalan raya.

Oleh itu marilah kita sama-sama mengurankang statistik ini dan mari kita saling mengingati antara satu sama lain tentang kesedaran dan tanggungjawab ini.

p/s: Jangan baca artikel sambil memandu ya..!

Baca Juga: SDG 6-Sumber Air Bersih Dan Sanitasi

Ditulis Oleh: Syazana Jalaludin

 

Rujukan:

  1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/620800/kerusi-keselamatan-kanak-kanak-diwajibkan-1-januari-2020
  2. http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/753
  3. https://www.who.int/sdg/targets/en/
  4. Buku-Statistik-Kemalangan-Jalan-Raya-Tahun-2018-(kemaskini-17.05.2019)

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami