Pernah tak anda ke hospital dan anda ingin makan makanan yang sihat dan membantu proses pemulihan? Kini tempat seperti itu sudah ada dan yang pertama di dunia adalah Hospital Hayek di Beirut, Lubnan. Pegawai mereka telah memikir dan memutuskan untuk menjadikan hospital tersebut hospital vegan pertama di planet ini.
Untuk beberapa waktu sebelum ini, Hospital Hayek memberi pilihan kepada pesakit antara makanan berasaskan tumbuhan atau haiwan, bersama dengan maklumat berguna mengenai faedah pemakanan yang pertama berbanding risiko yang terakhir.
Tetapi mulai 1 Mac, kakitangan memutuskan untuk melakukan yang terbaik untuk pesakit. “Pesakit kami tidak lagi bangun dari pembedahan untuk disambut dengan ham, keju, susu, dan telur yang mana makanan yang mungkin telah menyumbang kepada masalah kesihatan mereka sejak dulu.”
Sebagai sebuah hospital swasta dan keluarga, kakitangan Hospital Hayek memberi sepenuh perhatian apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengelaskan daging terproses sebagai karsinogenik dan dalam kelas yang sama dengan tembakau. “Oleh itu, menghidangkan daging di hospital adalah seperti menghidangkan rokok di hospital,” kata hospital itu dalam satu kenyataan. Selanjutnya, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), “tiga daripada empat penyakit berjangkit adalah berpunca dari haiwan.”
Beirut mempunyai kesedaran vegan yang cukup tinggi, dengan sekurang-kurangnya terdapat enam restoran vegan, merujuk kepada laman web Peta Vegan. Masakan Lubnan mempunyai beberapa makanan vegan, termasuk pita, hummus, falafel dan kacang fava. Makanan yang enak seperti ini dapat menjadikan rumah sakit lebih mudah ditanggung, dan mungkin menjadikan pesakit kembali sembuh lebih cepat.
Untuk kita yang berada di Malaysia, sebaiknya mari kita sama-sama menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin. Amalkan apa yang disarankan oleh kerajaan daripada segi pemakanan (suku, suku, separuh) dan juga 10,000 langkah sehari. Kesihatan adalah nikmat yang memang tiada tolok bandingnya.
Dengan kesihatan yang baik kita dapat melakukan ibadah, kerja, riadah, bersosial dan sebagainya dengan sempurna dan harmoni. Jaga kesihatan itu adalah urusan kita, umur pula urusan Tuhan Yang Maha Esa.
Baca Juga: Kesibukan Kerja Merupakan Faktor Yang Menyumbang Kepada Masalah Kesihatan
Sumber: https://vegnews.com/
Image: Pixabay.com