SDG 13 – Tindakan Terhadap Iklim

SDG 13 - Tindakan Terhadap Iklim

Sejak 1950an lagi kita sudah disajikan dengan pelbagai filem dari Hollywood yang berkisar tentang bencana alam dan kemusnahan bumi secara total.

Kemusnahan bumi digambarkan dengan pelbagai senario diantaranya disebabkan oleh taufan, hentaman asteroid gergasi, tsunami, gempa bumi, ribut petir, cuaca sejuk atau panas yang melampau, dan termasuk juga disebabkan oleh penaklukan oleh makhluk asing dan virus-virus yang melahirkan zombi.

Kebanyakannya bergenre sains fiksyen dan ada juga sedikit yang berdasarkan kisah sebenar. Sehinggakan terdapat pelbagai teori konspirasi tentang tarikh berlakunya kiamat dan tidak ketinggalan juga ramalan-ramalan dari para saintis dan termasuk juga agamawan dari pelbagai anutan agama berkenaan hari terakhir bumi ini.

SDG 13 - Tindakan Terhadap Iklim

Namun apa yang menjadi persamaan dalam setiap versi filem dan senario yang dimainkan kesannya atau impaknya pasti memangsakan manusia, haiwan, kemusnahan harta benda, infrastruktur, kerosakan alam sekitar,kemarau teruk, bandaraya besar ditengelami air dan lain-lain senario yang disajikan pada kita.

Kita yang menonton pula akan mempunyai perasaan yang bercampur baur.. mungkin teruja, mungkin sedih, terkejut, takut , insaf, kagum dan sebagainya.

Persoalannya..

Adakah kemusnahan di dunia ini benar-benar akan berlaku atau ia hanya sekadar sains fiksyen seperti ditayangkan didalam filem Hollywood yang berlambak dipasaran sekarang?

Pada hemat penulis, kemusnahan alam ini pasti berlaku dan sedang berlaku kerana saban tahun kita sudah menyaksikan sejumlah besar bencana alam yang mematikan telah melanda negara-negara didunia.

Tak kiralah sama ada negara itu tergolong dalam negara maju, negara membangun atau negara miskin. Malah negara paling maju dan berteknologi tinggi seperti Amerika Syarikat dan Jepun juga tidak terlepas daripada malapetaka alam ini. Malah kerugian yang dialami mencecah ratusan billion dollar.

SDG 12 - Memastikan Penggunaan Sumber Yang Lestari & Mampan

Namun begitu adakah kita harus pasrah dan dan terus berduka cita sambil menyalahkan Tuhan diatas kerosakan yang berlaku dimuka bumi ini? Tepuk dada tanya iman.

Allah berfirman di dalam Al-Quran.

Surah Ar-Rum, Ayat ke 41:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Berdasarkan Firman Allah diatas, secara jelasnya Tuhan meletakan punca-punca kerosakan itu kepada diri kita sendiri yang bergelar manusia. Tuhan tidak menyata ia berpunca disebabkan haiwan lain, alam semulajadi, makhluk-makhluk lain yang hidup secara simbiosis didunia ini ataupun yakjuj & makjuj.

Tetapi dengan jelas berdasarkan dalil Al-Quran menyebut kerosakan di darat dan di lautan berpunca daripada perbuatan tangan manusia itu sendiri. Jadi mungkinkah pengakhiran bumi disebabkan oleh kita sendiri?

KESAN PERUBAHAN IKLIM DUNIA

Dan ternyata ia memang benar! berdasarkan fakta-fakta yang dikumpulkan, umat manusia yang “bijaksana” ini telah menyumbang kepada Peningkatan Suhu Dunia dan menyebabkan perubahan iklim yang ketara semenjak tahun 1990.

SDG 13 - Tindakan Terhadap Iklim

Pembebasan gas rumah hijau telah meningkat sehingga 50% sejak tahun 1990 dan sekaligus menyebabkan peningkatan suhu dunia. Lebih menyedihkan, negara-negara maju dan kaya merupakan penyumbang terbesar kepada masalah ini.

PENINGKATAN PARAS LAUT

Peningkatan suhu dunia yang ketara menyebabkan kesan jangka masa panjang ke atas perubahan sistem iklim dunia dan kerosakan ini tidak boleh dibaiki jika tiada tindakan diambil sekarang!

Baru-baru tular di Twitter berita bandar-bandar utama di Malaysia akan lenyap ditenggelami air pada tahun 2050 disebabkan oleh perubahan iklim yang akan meningkatkan paras air laut. Sehinggakan Indonesia terpaksa memindahkan ibu kotanya ke Kalimantan Timur kerana Jakarta dijangka tenggelam pada tahun 2050.

Singapura juga sudah bersedia dengan Sistem Polder untuk projek tambakan Pulau Tekong. Polder ialah sistem air yang dikelilingi oleh dinding untuk melindungi kawasan dari banjir.

SDG 13 - Tindakan Terhadap Iklim

 

Air hujan yang berlebihan akan disedut keluar oleh stesen pam untuk mengelak banjir dan ia dibina untuk menghalang ombak masuk akibat dari kenaikan paras laut.

Center for Governance & Political Studies (Cent-GPS) menjalani simulasi untuk mengesan kenaikan paras laut di Malaysia. Hasil simulasi amat membimbangkan.

Menjelang tahun 2050 kita dapat melihat bebarapa bandar besar akan terkesan. Alor Setar, Kedah akan menjadi sebuah pulau, kawasan sepanjang Parit Buntar ke Taiping, Perak akan lenyap.

Port Klang akan tenggelam, KLIA akan berada di sebelah pantai. Muar,Johor turut tenggelam, Kuala Terengganu akan mengecil. Pekan, Pahang lenyap sama sekali. Kuching, Sarawak pula mengecil dan menjadi beberapa buah pulau.

SDG 13 - Tindakan Terhadap Iklim

Berjuta penduduk di Malaysia akan terkesan dan perlu dipindahkan. Projek perumahan yang dibina menjadi sia-sia dan membazir. Kenaikan paras laut juga menyebabkan tanah perladangan rosak dan krisis kekurangan bekalan makanan akan melanda. Inilah masa depan yang akan kita tinggalkan kepada generasi penerus di Malaysia.

KEMUSNAHAN SKALA GLOBAL

Bencana geo-fizikal yang berlaku didunia telah memberi impak sangat besar kepada manusia dan direkodkan 91% bencana yang berlaku terkait dengan perubahan iklim dunia.

Semenjak tahun 1998 hingga tahun 2017 sahaja sebanyak 1.3 juta nyawa terbunuh dan sejumlah besar 4.4 bilion orang yang cedera akibat bencana alam yang terkait dengan perubahan iklim.

SDG 13 - Tindakan Terhadap Iklim

Diperingkat Global, 70% populasi di Asia paling banyak terkesan dengan kenaikan paras laut. China 43 juta, Bangladesh 19 juta, Vietnam 26 Juta, Thailand 17 juta.

Keseluruhan bahagian selatan Vietnam akan tenggelam termasuk bandar Ho Chi Minh. Bangkok, Mumbai dan Shanghai akan lenyap. Keadaan akan bertambah buruk sekiranya lapisan ais tidak stabil dan terus mencair.

SDG KE-13 : TINDAKAN TERHADAP IKLIM

Melihat kepada statistik dan ramalan bencana alam yang sangat kritikal dan membimbangkan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah merangka Matlamat Pembangunan Mampan yang ke-13 atau SDG ke-13 dengan mengariskan sasaran yang perlu dicapai bagi bertindak menangani krisis iklim ini.

Matlamat utamanya adalah bertujuan untuk mendanai negara-negara membangun sebanyak US $ 100 bilion setiap tahun menjelang 2020 bagi memenuhi keperluan mereka bertujuan menghadapi perubahan iklim yang melanda dan melabur dalam pembangunan rendah karbon.

SDG 13 - Tindakan Terhadap Iklim

Memberi sokongan dan dokongan kepada kawasan yang terdedah secara langsung dengan perubahan iklim menyumbang bukan sahaja kepada SDG ke-13 tetapi juga kepada pencapaian SDG yang lain.

Tindakan in harus dilaksanakan seiring dengan mengintegrasikan langkah-langkah pengurusan risiko bencana, pengurusan sumber semula jadi yang mampan, dan keselamatan manusia di dalam strategi pembangunan negara.

Perkara ini akan membuahkan hasil sekiranya didorong oleh kehendak politik yang kuat, peningkatan pelaburan dan penggunaan teknologi sedia ada untuk menghadkan peningkatan suhu purata global kepada dua darjah Celcius di atas paras pra-industri, yang mensasarkan pada 1.5 °C, tetapi ia memerlukan tindakan segera dan cita-cita untuk mencapainya secara kolektif.

FAKTA & ANGKA

+ 1 ° C
Sehingga tahun 2017 manusia dianggarkan telah menyebabkan kira-kira 1.0 ° C pemanasan global di atas paras pra-perindustrian.

+ 20 cm
Paras air laut telah meningkat sekitar 20 cm (8 inci) sejak tahun 1880 dan dijangka meningkat lagi 30 – 122 cm (1 hingga 4 kaki) pada 2100.

2050
Untuk mengehadkan pemanasan kepada 1.5°C, pelepasan Karbon dioksida global mesti turun sebanyak 45% diantara 2010 dan 2030, dan mencapai sifar bersih sekitar 2050.

SDG 13 - Tindakan Terhadap Iklim

1/3
Ikrar Iklim di bawah Perjanjian Paris hanya memerlukan satu pertiga daripada pengurangan pelepasan yang untuk memastikan dunia di bawah 2 °C.

$ 26 trilion
Tindakan iklim yang teguh boleh meningkatkan keuntungan ekonominya sekurang-kurangnya AS $ 26 trilion menjelang tahun 2030.

18 juta
Sektor tenaga sahaja akan menghasilkan lebih kurang 18 juta pekerjaan menjelang tahun 2030, dimana fokus khusus kepada tenaga lestari.

5 SASARAN SDG KE-13

1. Memperkukuhkan daya tahan dan keupayaan untuk berhadapan dengan ancaman berkaitan alam sekitar dan bencana alam di semua negara.

2. Mengintegrasikan langkah perubahan iklim ke dalam dasar, strategi dan perancangan negara

3. Memperkasakan pendidikan dan meningkatkan kapasiti keupayaan manusia serta institusi bagi menangani perubahan iklim, mengurangkan kesan, beradaptasi dan menerima amaran awal.

4. Melaksanakan komitmen yang telah diambil oleh negara-negara maju ketika Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim untuk menggerakkan $ 100 billion tahunan menjelang 2020 dari segala sumber yang ada untuk memenuhi keperluan negara-negara membangun dalam konteks tindakan mitigasi yang bermakna dan pelaksanaan yang telus dan menyeluruh serta menghidupkan Dana Iklim Hijau melalui permodalan yang ada secepat mungkin.

SDG 13 - Tindakan Terhadap Iklim

5. Menggalakkan mekanisme untuk meningkatkan kapasiti bagi perancangan dan pengurusan berkaitan perubahan iklim yang berkesan di negara-negara yang kurang maju dan negara-negara membangun di pulau kecil, termasuk memberi tumpuan kepada masyarakat khususnya wanita, belia dan masyarakat tempatan yang terpinggir.

Demikianlah antara sasaran global yang telah disepakati bersama dalam menangani isu perubahan iklim ini. Kita sama-sama berdoa dan berharap belas ihsan sang Pencipta untuk membantu melancarkan dan memudahkan segala perancangan mulia dalam menghadapi bahaya bencana dan malapetaka yang semakin menghampiri.

Pentingnya Menjaga Kesihatan Mental, Jangan Sampai Kemurungan

Akhir kalam, masa depan anak-anak dan generasi kedepan kini bergantung kepada tindakan pantas yang kita gerakan sekarang. Jika kita tidak berbuat sesuatu, kita akan melihat tanah air dan generasi penerus akan tenggelam dan mati kelemasan dihadapan mata kita sendiri sedikit demi sedikit.

Baca Juga: SDG 12 – Memastikan Penggunaan & Pengeluaran Yang Bertanggungjawab

Di Tulis Oleh: Ahmad Suhaimi

Sumber:
www.undp.org
Page FB Suka-suka

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2024 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami