Tinted: Ini Fakta Yang Anda Boleh Ambil Tahu

Tinted

Berlanjutan dari penulisan yang lepas tentang bandar dengan matlamat ‘Zero Emission’, kali ini penulis ingin mengajak pembaca untuk melihat salah satu kaedah bagi mencapainya iaitu dengan memasang tinted atau filem pada cermin kereta.

Pelik bukan? Sebelum kita melihat huraiannya, mari kita lihat beberapa fakta tentang cahaya matahari. Seperti yang diketahui, cahaya matahari terdiri daripada beberapa spektrum sinaran elektromagnetik yang berbeza-beza dari segi panjang gelombangnya.

Spektrum cahaya optik atau ‘visible light‘ adalah satu segmen (400 hingga 700 nanometer) dari spektrum sinaran tersebut yang mampu dilihat oleh mata manusia. Tetapi di sini kita ingin melihat tentang dua jenis sinaran iaitu sinaran IR (Infrared Rays) dan sinaran UV (Ultraviolet).

Apakah kedua-duanya ini?

Sinar Infra Merah (IR – Infrared Rays)

IR (Infrared Rays) merupakan sinar yang berada pada spektrum warna merah di antara spektrum ‘visible light’ dan microwave. IR juga dikenali sebagai Sinar Infra Merah Gelombang Panjang yang mampu memancarkan dan menyerap gelombang-gelombang tenaga tertentu.

Ia mempunyai panjang gelombang di antara 3-1000 µm yang tidak boleh dilihat melalui pancaindera mata manusia. Namun, IR ini boleh dirasai melalui radiasi panasnya. Sinar infra merah dikategorikan dalam 3 zon : sinar infra merah jarak dekat, sinar infra merah pertengahan dan sinar infra merah jarak jauh.

IR sama sekali tidak berbahaya kepada tubuh badan manusia. Walaubagaimanapun, tenaga haba atau bahang yang dihasilkan daripada IR ini menyebabkan anda merasa tidak selesa/berpeluh terutamanya ketika di bawah sinar matahari yang terik. Hati-hati, anda boleh terkena strok haba jika terdedah kepadanya terlampau lama.

Klang Tinted Specialist

Cahaya Ultra Ungu (UVR – Ultraviolet Radiation)

Bagi cahaya UV pula, ia dikelaskan kepada UVA, UVB dan UVC. UVA merangkumi 95% dari jumlah UV yang sampai ke bumi. UVA dapat menembusi ke lapisan kulit yang lebih dalam berbanding UVB. Maka antara kesan dapat dilihat dari UVA ini adalah penuaan kulit yang cepat berbanding biasa dan juga kedutan kulit.

UVB pula menembusi lapisan kulit yang lebih luar. UVB adalah punca utama kulit menjadi merah terbakar dan dipanggil ‘sunburn’. UVC adalah gelombang pendek yang tidak dapat menembusi lapisan ozon, maka ia tidak sampai kepada hidupan bumi. Antara kebaikan sinar UV ini adalah;

i) Menggalakkan penghasilan Vitamin D

UV dari Matahari diperlukan oleh badan kita untuk menghasilkan vitamin D. Seperti yang kita tahu, vitamin D membantu menguatkan tulang, otot dan sistem imun badan.

ii) Memberikan mood baik

Disarankan oleh penyelidik bahawa cahaya matahari merangsang kelenjar pineal di otak untuk menghasilkan bahan kimia tertentu yang dipanggil ‘tryptamines’. Bahan kimia ini meningkatkan mood manusia, menjadikan mereka bahagia dan gembira.

iii) Pembasmian kuman dan pensterilan

Klang Tinted Specialist

UV berkesan membunuh mikroorganisma seperti virus dan bakteria dengan menembusi membran sel, memusnahkan DNA, dan menghentikan keupayaannya untuk membiak. Misalnya penggunaan lampu antibakteria UV untuk pembasmian kuman dan pensterilan.

Namun, cahaya UV juga mempunyai beberapa keburukan, iaitu;

a) Menyebabkan kanser dan penuaan kulit

Sebanyak 90% kanser kulit adalah disebabkan oleh sinaran UV. Selaran matahari atau ‘sunburn’ pula merosakkan sel-sel dan kolagen pada kulit disebabkan oleh penyerapan tenaga dari sinar UV.

b) Kerosakan mata

Pendedahan yang berpanjangan kepada UV mampu merosakkan tisu mata. Ia akan membuatkan penglihatan menjadi kabur, mata “terbakar” atau bahkan menyebabkan katarak dan sekiranya tidak dirawat, akan menyebabkan kebutaan.

c) Memudarkan warna

Apabila terdedah kepada sinar UV, barang-barang seperti kain, plastik, perabot dan lukisan akhirnya akan pudar warna dalam jangkamasa panjang.

Pemasangan Tinted Kenderaan

Kedua-dua jenis sinaran inilah yang memberikan kesan langsung kepada keadaan kereta anda. Cermin kenderaan merupakan penyumbang terbesar kepada faktor kemasukan gelombang IR daripada sinaran matahari ke dalam kereta yang menyebabkan kabin kereta menjadi panas/bahang. Sinar UV pula turut mempengaruhi bahagian dalaman kereta.

Kain, kusyen kulit, dashboard dan plastik yang menyerap sinar UV akan kemudian memudar, berubah warna, melemahkan atau hancur. Untuk mengatasi masalah ini, filem tinted yang mampu memantulkan gelombang IR daripada memasuki kenderaan perlu dipasang supaya bahang/panas dalam kereta dapat dikurangkan.

Klang Tinted Specialist

Tinted yang berkualiti juga mampu menyekat 90% hingga 100% sinaran UV berbahaya tanpa menjejaskan penglihatan ketika memandu.

Perkara ini disahkan melalui kajian oleh Nazenin Gure dan Mustafa Yilmaz dari Universiti Marmara, Turki (2015). Menurut kajian yang dijalankan di Istanbul, Turki dan beberapa tempat di USA itu, kesan ‘rumah hijau’ di dalam kereta mampu meningkatkan suhu dalamannya sehingga 60o C berbanding suhu di luar kereta yang setinggi 27o C.

Malah mereka berjaya membuktikan dengan pemasangan tinted pada kereta, penggunaan ‘aircond’ (AC) dapat dijimatkan kerana kurangnya keperluan AC bekerja untuk menyejukkan kereta. Ini seterusnya mengurangkan penggunaan bahan bakar dan pelepasan asap ekzos.

Maka lihat bukan, selain dapat melestarikan alam dengan mengurangkan pelepasan gas berbahaya ke udara, kita malahan dapat menjimatkan penggunaan petrol/diesel untuk kenderaan. Apa salahnya mengeluarkan sedikit wang untuk kos awal pemasangan tinted, jika mampu memberikan kesan yang baik pada jangkasama panjang.

Namun perlu diketahui, bukan semua jenis tinted mampu memberikan kesan memantulkan haba yang baik. Ia bergantung kepada nilai IR (Infrared Reject) dan UVR (UV Reject) sesuatu filem tinted itu.

Tinted

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang ini, bolehlah rujuk dengan sahabat kami di Raycool Klang Tinted Specialist.

Facebook: https://www.facebook.com/RaycoolKlang

Whatsapp: www.wasap.my/60123638550/RaycoolKlang

Anda akan diberikan konsultasi percuma tentang jenis tinted yang sesuai untuk kenderaan anda. Sampai berjumpa lagi!

 

Baca Juga: Zero Emission: Bandar Ini Sedang Ke Arah Itu, Yang Pertama Di Dunia

 

.

Sumber dan Kredit:
1. https://web.facebook.com/RaycoolKlang/

2. N. Gure, M. Yilmaz, Car window filming, tinting and shading’s fuel, emission reduction and
economic analysis around WA, NY, NC, USA and Istanbul, Turkey, Journal of Energy & Power
Sources. Vol 2(1), (2015), m/s 6-21.

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami