1.Tugu Peringatan Tok Janggut
Dibina oleh Majlis Daerah Pasir Puteh pada tahun 2005. Tugu ini dibina bagi memperingati jasa dan perjuangan Haji Muhammad Hassan bin Munas atau lebih dikenali sebagai ‘Tok Janggut’ menentang Inggeris.
Lokasi tugu ini adalah di Pusat Bandar Pasir Puteh.
Elemen Tugu Peringatan Tok Janggut :
Semutar – merupakan pakaian orang melayu atau pendekar pada zaman dahulu, dan ianya berkait rapat dengan budaya orang Islam yang mana merupakan sunnah Rasulullah S.A.W.
Keris – merupakan senjata orang Melayu dan jati diri bagi pendekar atau hulubalang
Lembing – senjata orang Melayu yang digunakan untuk mengawal dan mempertahankan diri atau golongan bangsawan.
2.Tok Bali, Semerak
Tok Bali dibuka pada tahun 1996, dengan pembinaan jambatan di atas darat oleh Projek Kemasin Semerak (Perkasa), dan kemudiannya dengan pembinaan Terusan Tok Bali.
Pembinaan Terusan ini menjadi pemangkin utama pembangunan di Tok Bali, di mana wujudnya pengangkutan melalui laut ke Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang di Laut China Selatan.
Tok Bali merupakan suatu kawasan yang amat pesat membangun dengan pebagai perancangan yang berbentuk infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan awam serta pembangunan institusi pendidikan, kesihatan, keselamatan dan industri yang berasaskan hasil laut dalam.
16 km dari Bandar Pasir Puteh, Tok Bali menjadi sebuah pusat peranginan terkenal di Kelantan kerana terdapat kawasan pantai yang bersih serta kemudahan penginapan yang selesa.
3.Pantai Bisikan Bayu, Semarak
Pantai Bisikan Bayu merupakan satu produk pelancongan yang paling awal dibangunkan di Pasir Puteh. Lokasinya terletak di Cherang Ruku, Semerak, 16 km dari bandar Pasir Puteh, 3 km dari Pekan Cherang Ruku.
Di kawasan pantai ini, disediakan surau, tandas, bilik persalinan, taman permainan, dan juga terdapat sebuah chalet penginapan iaitu Taman Rehlah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah berkelah, berkhemah dan aktiviti keluarga.
4.Pusat Rekreasi Taman Rehlah
Pusat Rekreasi Taman Rehlah merupakan pusat rekreasi yang paling awal dibangunkan di Pantai Bisikan Bayu. Pusat ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti dalam bilik (in-door) dan luar bilik (out-door).
Antara kemudahannya ialah dewan, asrama, restoran, chalet, bilik mandi, padang bola sepak pantai, hari keluarga, jungle -tracking, abseiling, flying fox dan berkayak. Bilik penginapan yang ditawarkan juga amat berpatutan.
Aktiviti yang ada di sini termasuklah memancing ikan dan udang galah, berbulan madu, berkelah, berkhemah, kursus/seminar dan sebagainya.
5.Jeram Pasu
Jeram Pasu merupakan pusat rekreasi yang paling awal dibuka di Pasir Puteh. Terletak lebih kurang 16 km dari Bandar Pasir Puteh menghala ke Kota Bharu.
Pusat rekreasi ini menyajikan keindahan flora dan faunanya yeng tersendiri. Pusat rekreasi ini amat sesuai untuk aktiviti santai keluarga pada hujung minggu.
Kemudahan yang ada ialah kolam mandi untuk dewasa dan kanak-kanak, surau, tandas, bilik persalinan serta gerai makanan dan minuman.
6.Jeram Linang
Jarak Jeram Linang dari bandar Pasir Puteh ialah 20 km, manakala 22 km dari bandar Machang, dan perlu melalui jalan lebuhraya Machang-Pasir Puteh.
Pusat rekreasi ini merupakan kawasan air terjun berbatu, dan mempunyai laluan untuk mendaki ke puncak iar terjun. Kawasan mandi untuk golongan dewasa dan kanak juga disediakan.
Terdapat juga taman permainan untuk kanak-kanak dan kawasan ini merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk tapak perkhemahan.
Kemudahan seperti tapak, dewan dan restoran masakan panas juga disediakan. Kawasan letak kereta disediakan untuk kemudahan pengunjung dan juga terdapat satu mini zoo disediakan di sini oleh pihak Pejabat Hutan Negeri Kelantan.
7.Jeram Mengaji / Jeram Mak Nenek, Selising
Jeram Mengaji / Jeram Mak Nenek ini baru dibuka pada tahun 2005, dan masih dalam pembangunan. Ianya terletak lebih kurang 6 km dari Pekan Selising atau 22 km dari Bandar Pasir Puteh. Ianya terletak agak pedalaman dan belum diketahui oleh orang ramai.
Jeram ini akan dibangunkan sepenuhnya untuk kunjungan orang ramai agar ianya dapat menjadi salah satu pusat rekreasi yang sedia ada dan dikenali umum.
Sumber Maklumat dan Gambar: