Sekarang Secawan Kopi Boleh Dibancuh Di Mana-mana

gosun brew

GoSun iaitu sebuah syarikat yang sebelum ini telah mengeluarkan produk singki mudah alih (GoSUN Flow), ketuhar solar (GoSun GO) telah membawa satu lagi produk keluaran mereka iaitu GoSun Brew. Ia adalah ‘tumbler’ atau gelas yang dikuasakan oleh tenaga solar yang menggabungkan pemanas 12 volt dan mesin ‘French press’ yang terbina di dalamnya.

gosun brew

Ini bermakna anda boleh membuat secawan kopi atau teh dari awal hingga akhir dalam gelas tersebut di mana sahaja tanpa pening memikirkan proses yang renyah. Bagi penggemar kopi, ini mungkin sesuatu yang anda tunggu-tunggu.

gosun brew

Projek berjaya yang dibiayai di Kickstarter, GoSun Brew adalah alatan yang boleh anda bawa ketika berkhemah, beraktiviti ‘outdoor’ mahupun ketika ‘travel’. Sebagai bonus, mereka menyediakan ‘power bank’ yang memberikan tenaga yang cukup dengan menggunakan tenaga suria 266 watt / jamnya. Cukup kuat untuk menyediakan lapan cawan kopi, mengecas komputer riba tiga kali atau mengecas telefon pintar 22 kali. Beratnya hanya kira-kira 3 paun, jadi ia dapat dibungkus dengan mudah dengan peralatan anda yang lain.

gosun brew

Berdasarkan keadaan semasa di dunia ini yang memungkinkan peningkatan ancaman kebakaran, peranti ini menawarkan alternatif yang lebih selamat dalam bentuk pembuat kopi mudah alih yang memerlukan haba tambahan untuk beroperasi.

“Kami sendiri adalah penggemar besar kopi di GoSun. Sebelum penemuan ini, pembuatan secawan kopi pagi yang berharga tidak mungkin dapat dilakukan tanpa gas atau api”, kata Patrick Sherwin, pengasas dan CEO GoSun.

gosun brew

The GoSun Brew merangkumi ‘casing’ yang tahan sebagai perlindungan dan pengangkutan. Pakej ini juga menempatkan semua kabel dan aksesori yang diperlukan untuk gelas, powerbank yang dapat mengecas tanpa wayar melalui USB, port DC yang boleh disesuaikan atau carport 15A. Projek ini kini telah melebihi matlamat pendanaannya di Kickstarter, dan penghantaran pertama dijangka pada April 2021.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini, boleh tengok di laman web ini > https://www.kickstarter.com/. Memandangkan admin juga peminat kopi, semacam berminat juga nak mendapatkannya tapi harganya boleh tahan juga. Jika nak sponser bolehlah hubungi admin ya. 🙂

gosun brew

Teknologi sebegini memang ramai yang berminat dan syarikat GoSun sudah tentu sudah membuat analisis yang cukup, serta menyasarkan pasaran yang tepat. Ini adalah perkara yang perlu ada sebagai seorang usahawan.

Baca Juga: Cermin Mata Hitam Dicipta Daripada Sisa Plastik Di Lautan

 

Sumber & Imej: GoSun / Kickstarter

 

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami