SDG 8-Pertumbuhan Ekonomi Dan Pekerjaan Yang Baik

8.Decent Work & Economy Growth

SDG 8 -Pertumbuhan Ekonomi Dan Pekerjaan Yang Baik – Menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang berterusan, inklusif dan mampan, gunatenaga penuh dan produktif serta kerja yang bersesuaian untuk semua.

Perkembangan Matlamat SDG 8 Pada Tahun 2019

Pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan boleh memacu kemajuan dan mewujudkan kaedah bagi mengimplementasi Matlamat Pembangunan Mampan.

Di peringkat global, produktiviti buruh telah meningkat dan pengangguran telah kembali kepada tahap krisis pra-kewangan. Walau bagaimanapun, ekonomi global semakin meningkat pada kadar yang lebih perlahan.

Lebih banyak kemajuan diperlukan bagi meningkatkan peluang pekerjaan, terutamanya bagi golongan muda, mengurangkan pekerjaan tidak formal dan jurang gaji dalam kalangan jantina dan mempromosikan persekitaran kerja yang selamat dan terjamin bagi mewujudkan pekerjaan yang baik untuk semua.

SDG 8-Pertumbuhan Ekonomi Dan Pekerjaan Yang Baik

1.Pada tahun 2017, kadar pertumbuhan global KDNK sebenar per kapita adalah 1.9 peratus dan dijangka kekal pada kira-kira 2 peratus dari tahun 2018 hingga tahun 2020.

Ini adalah kurang secara signifikan daripada kadar 3 peratus yang telah dicapai pada tahun 2010 dan lebih tinggi sedikit daripada kadar 1.63 peratus pada tahun 2015.

Kadar pertumbuhan KDNK sebenar untuk negara kurang maju dijangka meningkat dari 4.5 peratus pada tahun 2017 kepada 5.7 peratus pada tahun 2020, iaitu kurang daripada 7 peratus yang disasarkan bagi Agenda 2030.

2.Sejak kemerosotan ekonomi global pada tahun 2009, produktiviti buruh (diukur sebagai KDNK setiap orang yang bekerja) telah meningkat di seluruh dunia, mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan yang positif secara konsisten sejak tahun 2010.

Pada tahun 2018, produktiviti buruh dunia telah meningkat sebanyak 2.1 peratus, pertumbuhan tahunan tertinggi sejak tahun 2010.

3.Pekerjaan tidak formal, yang mempunyai kesan ke atas kecukupan pendapatan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan kondisi pekerjaan, kekal berleluasa.

Menurut data yang diperoleh melalui subjek ini, dalam tiga suku negara, terdapat lebih daripada separuh individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian adalah dalam kategori pekerjaan tidak formal.

4.Berdasarkan data bagi 62 negara, jurang pembayaran gaji mengikut jantina per jam adalah rata-ratanya berjumlah 12 peratus.

Jurang pembayaran gaji mengikut jantina rata-rata melebihi 20 peratus dalam pekerjaan pengurusan dan profesional, pekerja dalam bidang kraf dan perdagangan yang berkaitan dan di kalangan operator loji dan mesin serta pemasang.

5.Kadar pengangguran global akhirnya pulih akibat daripada krisis ekonomi global. Pada tahun 2018, kadar pengangguran global berada pada 5.0 peratus – yang menyamai tahap pra-krisis.

Belia didapati tiga kali lebih cenderung untuk menganggur daripada orang dewasa.

6.Pada tahun 2018, satu perlima daripada belia dunia tidak berada dalam bidang pendidikan, pekerjaan atau latihan, iaitu, mereka tidak mendapat pengalaman professional, memperoleh atau mengembangkan kemahiran melalui program pendidikan atau vokasional pada usia tersebut.

Terdapat perbezaan jantina yang ketara. Lebih dua kali ganda wanita muda berbanding lelaki muda yang menganggur atau di luar tenaga buruh dan bukan dalam bidang pendidikan atau latihan.

7.Ramai pekerja di seluruh dunia terdedah kepada risiko yang tidak wajar di tempat kerja mereka. Baru-baru ini, berdasarkan data dari 55 buah negara, secara median, sebanyak 3 kematian berlaku bagi setiap 100,000 pekerja dan secara median juga, 889 kecederaan tidak maut berlaku bagi setiap 100,000 pekerja.

SDG 8-Pertumbuhan Ekonomi Dan Pekerjaan Yang Baik

8.Akses kepada pembiayaan semakin meningkat di seluruh dunia, tetapi mod akses semakin berubah dengan pergantungan yang semakin meningkat kepada teknologi.

Dari tahun 2010 hingga tahun 2017, bilangan mesin juruwang automatik (ATM) bagi setiap 100,000 dewasa meningkat hampir 50 peratus dari 45 ke 66 di seluruh dunia, dan dari 2.3 ke 5.8 di negara-negara kurang maju.

Bilangan cawangan bank komersil bagi setiap 100,000 dewasa meningkat hanya 2 peratus antara tahun 2010 dan tahun 2017, di mana lebih banyak pelanggan menggunakan perbankan digital sebagai penyelesaian.

9.Pada tahun 2017, komitmen bantuan untuk perdagangan meningkat kepada $ 58 bilion dan lebih daripada dua kali ganda berbanding dengan garis dasar tahun 2002 hingga 2005, yang mewakili $ 23.1 bilion.

Secara mutlak, kenaikan itu adalah tertinggi dalam sektor pertanian ($ 1.7 bilion), sektor industri ($ 1.0 bilion) dan perkhidmatan perbankan dan kewangan ($ 1.0 bilion).

Baca Juga: SDG 6-Sumber Air Bersih Dan Sanitasi

Di Tulis dan Di Karang Semula Oleh:

Sabrun Jamil

Sumber: https://sustainabledevelopment.un.org/sdg8

 

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami