SDG 7 – Memastikan Akses Kepada Tenaga Yang Mampu Dimiliki, Mampan Dan Moden Untuk Semua

SDG 7 - Memastikan Akses Kepada Tenaga Yang Mampu Dimiliki, Mampan Dan Moden Untuk Semua

SDG 7 – Memastikan Akses Kepada Tenaga Yang Mampu Dimiliki, Mampan Dan Moden Untuk Semua. Bila kita berbicara berkenaan tenaga. Ia sebenarnya membicarakan tentang sumber tenaga elektrik. Tenaga elektrik merupakan keperluan yang sangat mendesak dan diperlukan bagi memastikan aktiviti seharian kita dapat berjalan dengan lancar.

Boleh dikatakan bahawa kehidupan seharian kita bermula dengan kehadiran tenaga elektrik. Ia bermula dengan kipas siling di rumah, telefon pintar ditangan kita hingga kepada keseluruhan perkakas elektrik yang ada dirumah dan juga infrastrutur yang ada diluar rumah.

SDG 7 - Memastikan Akses Kepada Tenaga Yang Mampu Dimiliki, Mampan Dan Moden Untuk Semua

 

Dengan kehadiran tenaga elektrik juga membolehkan kita menikmati teknologi yang lebih canggih dan semakin canggih dari tahun ke tahun.

Tanpa sumber tenaga elektrik mungkin kita akan hidup dalam kegelapan dan hanya diterangi oleh obor dan pelita seperti zaman dahulu kala.

SEJARAH

Tenaga elektrik ditemukan semenjak zaman Yunani Kuno dan Parthia lagi dan penerokaan sains telah bermula pada zaman renaissance Eropah, elektrik pada waktu itu hanya digunakan dalam silap mata dan permainan –permainan, sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat pada penghujung abad ke-18 sehingga pertengahan abad ke-19.

Kita biasa mendengar dan mengenali ahli-ahli sains terkemuka yang telah mengkaji dengan lebih mendalam berkenaan tenaga elektrik dan hasil-hasil kerja mereka telah menjadi asas kepada teknologi elektrik masa kini.

Ahli-ahli sains ini termasuklah Micheal Faraday (1791-1867), Luigini Galvani (1737-1798), Alessandro Volta (1745-1827), Andre-Marie Ampere (1775-1836), dan Georg Simon Ohm (1789-1854).

SDG 7 - Memastikan Akses Kepada Tenaga Yang Mampu Dimiliki, Mampan Dan Moden Untuk Semua

Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke -20 pula ahli-ahli sains terkemuka dalam bidang kejuruteraan elektrik adalah seperti Nikola Tesla, Samuel Morse, Antonio Meucci, Thomas Edison, George Westinghouse, Werner von Siemens, Charles Steinmetz dan Alexander Graham Bell.

(sumber: www.wikipedia.com)

KEPERLUAN HARIAN

Bermula dari sumbangan ahli-ahli sains yang mempelopori teknologi tenaga ini telah membentuk pembangunan dan masyarakat moden yang amat bergantung kepada kewujudan tenaga elektrik bagi menjalani kehidupan seharian.

Kebanyakan aktiviti dan kehidupan harian tidak dapat dilaksanakan dengan lancar sekiranya berlaku gangguan bekalan elektik.

Fenomena ini membuktikan bahawa kewujudan tenaga elektrik adalah sangat penting dan memberikan impak terhadap kemudahan dan keselesaan manusia dalam menjalankan aktiviti seharian.

BAGAIMANA TENAGA INI DIHASILKAN?

Elektrik sering dijana di stesen janakuasa oleh penjana elektromekanika, dipacu oleh enjin haba yang  menggunakan pembakaran kimia atau pembelahan nuclear sebagai bahan api.

Walau bagaimanapun, elektrik boleh dijana melalui sumber tenaga yang boleh diperbaharui, iaitu tenaga kinetic seperti pengaliran air dan angin. Sumber tenaga lain termasuklah fotovoltaik (tenaga solar) dan kuasa geoterma.

MATLAMAT SDG KE-7

Diantara tahun 2000 dan 2016, populasi pengguna elektrik seluruh dunia telah meningkat dari 78% ke 87% peratus.  Dan kini, hanya sebanyak kurang dari 1 billion populasi dunia tidak memperolehi akses kepada sumber tenaga.

Namun begitu populasi penduduk akan terus berkembang begitu juga dengan permintaan terhadap sumber tenaga yang lebih murah dan ekonomi diperlukan kerana kebergantungan terhadap bahan api fosil telah menyumbang kepada perubahan drastik terhadap iklim dunia.

Pelaburan bagi penghasilan tenaga seperti kuasa solar, angin dan tenaga haba dapat meningkatkan produktiviti dan menghasilkan tenaga sangat penting jika kita mahu mencapai SDG ke-7 menjelang tahun 2030.

Dengan usaha memperluaskan infrastrutur dan menaik taraf teknologi untuk menyediakan tenaga yang bersih dan lebih cekap di semua Negara akan mengalakan pertumbuhan dan membantu pemuliharaan alam sekitar.

Tenaga merupakan keperluan asas bagi kehidupan manusia. SDG ke-7 telah menjadi salah satu sasaran yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk mencapainya.

SDG 7 - Memastikan Akses Kepada Tenaga Yang Mampu Dimiliki, Mampan Dan Moden Untuk Semua

 

Sasaran SDG ke-7 adalah untuk memastikan kita mempunyai akses kepada sumber tenaga yang moden, mampan, mampu diperolehi dan boleh digunakan sepenuhnya

Pada tahun 2015, Perhimpunan Agung PBB menguna pakai Agenda 2030 untuk mencapai pembangunan mampan dan Matlamat Pembangunan Mampannya (SDGs), ini termasuk matlamat khusus mengenai tenaga.

SDG ke-7 yang telah direncanakan untuk memastikan semua penduduk mendapat akses dan menikmati tenaga dengan harga yang berpatutan, boleh dipercayai, mampan dan moden.

FAKTA DAN ANGKA

  • 1 daripada 7 – Satu daripada Tujuh penduduk dunia masih tidak memperolehi akses kepada tenaga elektrik, dan kebanyakan mereka mendidiami kawasan pendalaman di kebanyakan Negara membangun.
  • 60% – tenaga elektrik adalah penyumbang terbesar terhadap perubahan iklim dunia. Tenaga menghasilkan sekitar 60 peratus gas rumah hijau.
  • 14% – Piawaian tenaga yang lebih cekap dapat mengurangkan penggunaan elektrik bangunan dan industry sebanyak 14 peratus
  • 3 billion – Lebih dari 40 peratus populasi dunia atau 3 billion penduduk bergantung kepada pencemaran dan bahan api yang tidak sihat untuk memasak
  • 20% – Sehingga tahun 2015 sahaja, lebih daripada 20 peratus tenaga telah dijana menggunakan sumber yang boleh diperbaharui.
  • 3 juta – Sektor Penjanaan Tenaga Diperbaharui telah mencatatkan sebanyak 10.3 juta pekerjaan pada tahun 2017.

(Sumber: www.undp.org)

APAKAH KEMAJUAN YANG SUDAH DICAPAI SEHINGGA TAHUN 2019?

Bekalan dan akses tenaga elektrik di Negara-negara miskin telah mula dilajukan. Kecekapan tenaga semakin baik dan tenaga yang boleh diperbaharui telah mendapat tempat dan memperoleh keuntungan di sektor elektrik.

Walaubagaimanapun masih terdapat kira-kira 800 juta penduduk tidak dapat menikmati kemudahan elektrik dan penyediaan kepada teknologi bahan api memasak yang lebih bersih memerlukan perhatian khusus.

Disamping itu, jika Matlamat Pembangunan Mampan ke-7, 13 dan matlamat yang berkaitan harus dipenuhi, kesungguhan yang lebih tinggi diperlukan untuk membangunkan sumber tenaga yang boleh diperbaharui,ini termasuk pengangkutan dan juga pemanasan.

SDG 7 - Memastikan Akses Kepada Tenaga Yang Mampu Dimiliki, Mampan Dan Moden Untuk Semua

1.Kadar elektrifikasi global meningkat dari 83 peratus pada tahun 2010 kepada 87 peratus pada tahun 2015, dan telah mencapai 89 peratus peningkatan pada tahun 2017.

Namun masih terdapat kira-kira 840 juta penduduk seluruh dunia masih tidak mendapat tenaga elektrik.

2.Akses kepada teknologi sumber bahan api yang lebih bersih untuk memasak keseluruhan populasi dunia berkongsi peningkatan sehingga 61 peratus pada tahun 2017 berbanding 57peratus pada tahun 2010.

Meskipun pencapaian ini, masih terdapat hamper 3 billion orang bergantung kepada system memasak yang tidak cekap dan mencemarkan

3.Sumber tenaga diperbaharui berkongsi sejumlah peningkatan dari 16.6 peratus pada tahun 2010 kepada 17.6 peratus pada tahun 2016.

Walaubagaimanapun perubahan yang lebih mendesak diperlukan untuk memenuhi matlamat perubahan iklim. Meskipun tahap penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui telah meningkat lebih dari 18 peratus sejak 2010, hanya sejak tahun 2012 pertumbuhan tenaga diperbaharui melebihi pertumbuhan penggunaan tenaga E/2019/68 14/3919-07404

4.Keamatan Tenaga Primer Global ‘Global primary energy intensity’ (nisbah tenaga yang digunakan bagi setiap unit KDNK) bertambah baik dari 5.9 pada tahun 2010 menjadi 5.1 pada 2016, adar peningkatan sebanyak 2.3 peratus, tetapi masih kurang daripada kadar tahunan 2.7 peratus yang diperlukan untuk mencapai sasaran 3 Matlamat Pembangunan Mampan ke-7.

5.Aliran kewangan antarabangsa ke Negara-negara membangun dalam menyokong tenaga bersih dan boleh diperbaharui mencapai $18.6 billion pada 2016, hamper dua kali ganda daripada $9.9 billion pada tahun 2010

(sumber: report of thesecretary-general, special edition: progress towards the sustainable development goal)

SARANAN TEMPATAN

Menurut Dr.Azmizam Abdul Rashid, Director Knowledge Management and Advisory Urbanice Malaysia (Urban Wellbeing Centre Of Execellence).

Beliau telah mengariskan beberapa panduan yang boleh dijalankan diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia dalam Matlamat Pembanguan Mampan dan Agenda Perbandaran Baharu.

SDG 7 - Memastikan Akses Kepada Tenaga Yang Mampu Dimiliki, Mampan Dan Moden Untuk Semua

Beliau menyarankan agar PBT boleh bertindak dengan mengenalpasti jurang akses kepada tenaga diperbaharui dikalangan warganya dan membuat pelaburan bagi meningkatkan tenaga cekap secara langsung untuk bangunan dan sumber tenaga hijau di institusi awam seperti pejabat kerajaan, sekolah dan bangunan awam.

Inisiatif ini memberi kelebihan tambahan bagi mengurangkan perbelanjaan tenaga oleh orang awam.

Di Bandar-bandar, dasar pengangkutan Bandar dan teknologi baru seperti ‘bandar pintar’ boleh memberi impak besar kepada tenaga kecekapan dan pengurangan pelepasan karbon.

(sumber :www.academia.edu)

Selain itu, saranan penulis kita juga boleh membantu mengurangkan pelepasan karbon dengan mengawal penggunaan tenaga elektrik di rumah atau dipejabat.

Terdapat pelbagai saranan dan kempen telah dilaksanakan oleh kerajaan dan badan bertanggungjawab seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) membantu memberikan kesedaran dan pendidikan kepada kita untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sekaligus dapat membantu kita mengelak pembaziran dan mengurangkan bil-bil elektrik yang diterima setiap bulan.

Sepertimana dalam firman Allah di dalam Al-Quran;

“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”

(Surah Al-Isra’,17 : Ayat 27)

SDG 7 - Memastikan Akses Kepada Tenaga Yang Mampu Dimiliki, Mampan Dan Moden Untuk Semua

 

KESIMPULAN

Melalui SDG ke-7 kita dapat melihat bahawa perubahan dan kemajuan yang telah dicapai selama beberapa tahun ini memperlihatkan pekembangan yang positif.

Namun masih terdapat banyak ruang dan peluang yang boleh kita perbaiki bersama demi mencapai masa depan yang lebih terjamin untuk generasi penerus.

Usaha kearah transformasi kepada sumber tenaga yang boleh diperbaharui harus diperluaskan dan dipercepatkan dengan skala pelaburan yang lebih besar demi memelihara kelestarian alam dan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau.

Di artikel yang seterusnya kita akan membincangkan dan mengambil inspirasi dari melihat contoh 11 Negara yang sedang mendahului dalam carta penggunaan sumber tenaga yang diperbaharui seperti Sweden, Costa Rica, Nicaragua, Scotland, Germany, Uruguay, Denmark, China, Morroco, USA dan Kenya.

Demikian saja berkongsian kali ini semoga mendapat informasi berguna dan kesedaran yang lebih meluas dengan gerakan global ini.

Baca Juga: SDG 8-Pertumbuhan Ekonomi Dan Pekerjaan Yang Baik

 

Di Tulis Oleh: Ahmad Suhaimi

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami