SDG 5-Kesaksamaan Jantina

5.Gender Equality

KESAKSAMAAN JANTINA

Mencapai kesaksamaan jantina serta memperkasakan para wanita dan anak-anak perempuan.

KEMAJUAN MISI KE 5 (GOAL 5) BAGI TAHUN 2019

Telah terdapat tanda-tanda peningkatan yang ditunjukkan dalam topik kesaksamaan jantina secara keseluruhannya. Ini telah dibuktikan berdasarkan rekod data ke atas penurunan kes-kes yang ketara dalam aktiviti kelaziman masyarakat seperti aktiviti mutilasi khitan alat kelamin wanita oleh pengamal yang tidak bertauliah ataupun perkahwinan dini.

Namun begitu, jumlah keseluruhan kes-kes yang telah direkodkan berada pada tahap yang masih tinggi dan membimbangkan. Ianya sedikit sebanyak telah mencacatkan misi dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan yang ke 5 (Sustainable Development Goal 5).

Kemajuan yang tiada peningkatan signifikan dalam menangani isu-isu asas dalam masalah ketidaksamaan jantina juga telah menjadi asbab utama keupayaan untuk mencapai matlamat ke 5 ini agak terbantut.

Isu-isu yang terutama ini termasuklah isu-isu global seperti diskriminasi dalam perundangan dan sikap masyarakat serta norma sosial yang tidak adil.

5.Gender Equality

Begitu juga dalam soal penglibatan wanita dalam politik yang amat rendah ataupun berkenaan soal dalam membuat keputusan berkaitan dengan isu-isu seksual dan reproduktif oleh kaum wanita.

Kesemua ini telah sedikit sebanyak mencacatkan kemampuan untuk mencapai matlamat tersebut. Berikut adalah poin-poin penting yang diambil berdasarkan Laporan Setiausaha Agung, Edisi Khas: Kemajuan ke arah Matlamat Pembangunan Lestari.

Berdasarkan laporan data terkini yang diambil dari 106 buah negara yang melibatkan wanita dan anak-anak perempuan berusia dari 15 tahun hingga 49 tahun, data telah mencatatkan sejumlah 18 peratus dari mereka pernah mengalami keganasan fizikal ataupun penderaan seksual melibatkan pasangan mereka sendiri bagi tempoh 12 bulan kebelakangan ini.

Rekod mecatatkan kekerapan kes ini berlaku di negara-negara kurang maju, pada kadar peratusan tertinggi iaitu 24 peratus.

Amalan perkahwinan dini juga menunjukkan angka penurunan yang ketara di seluruh dunia. Sebahagian besarnya didorong oleh kemajuan negara-negara di benua Asia Selatan di mana angka risiko perkahwinan di masa kanak-kanak telah menurun sekitar se-perempat dari jumlah keseluruhan data yang diambil di antara tahun 2013 sehingga tahun 2018.

Di benua Afrika sub-Sahara juga telah menunjukkan tahap perkahwinan kanak-kanak telah menurun pada kadar yang sederhana.

Angka data juga telah mencatatkan, seramai 200 juta wanita serta kanak-kanak perempuan telah menjalani aktiviti mutilasi khitan alat kelamin wanita.

Ini adalah berdasarkan rekod data yang diambil dari 30 buah negara di mana amalan ini masih giat diamalkan dan telah direkodkan.

Namun, kelaziman amalan berbahaya ini telah mencatatkan penurunan sebanyak se-perempat dari jumlah keseluruhan data yang diambil di antara tahun 2000 hingga tahun 2018.

Berdasarkan data yang diambil dari 90 buah negara, segolongan wanita kini lebih banyak menghabiskan waktu harian mereka kepada kerja-kerja penjagaan yang tidak berbayar serta urusan pekerjaan domestik dan rumah-tangga berbanding lelaki.

5.Gender Equality

Hal ini telah mengakibatkan kekurangan had waktu yang ada untuk menumpukan kepada urusan pekerjaan yang berbayar, pendidikan dan waktu untuk beriadah. Sedikit sebanyak ianya telah menyumbang kepada kerugian sosio-ekonomi berasaskan jantina.

Keterlibatan jumlah kaum wanita dalam bidang politik di semua peringkat kepimpinan juga adalah rendah. Rekod data mencatatkan, setakat 1 Januari 2019, penglibatan jumlah perwakilan wanita di Parlimen kebangsaan adalah dari 0 hingga 61.3 peratus, dengan rekod purata pada kadar 24.2 peratus.

Jumlah ini telah mencatatkan peningkatan dari data bagi tahun 2010, iaitu pada kadar 19 peratus. Pada peringkat tempatan pula, rekod data yang diambil dari 99 buah negara dan beberapa buah kawasan, telah menunjukkan jumlah Perwakilan wanita dalam badan-badan berbentuk pilihan raya adalah dari kurang 1 peratus hingga 48 peratus, dengan median pengedaran pada kadar 26 peratus.

Di saat kuota jantina yang ditakrifkan mula diadaptasikan, jumlah peningkatan kadar penglibatan wanita yang terpilih di peringkat kebangsaan mahupun tempatan dapat dilihat dengan ketara.

Kaum wanita dilihat telah menguasai 39 peratus dari jumlah pekerjaan di seluruh dunia. Namun begitu, setakat tahun 2018, hanya 27 peratus dari keseluruhan jumlah posisi kedudukan tertinggi, berjaya didominasi kaum wanita.

Suatu peningkatan yang amat sedikit berbanding rekod 26 peratus pada tahun 2015. Perkadaran wanita yang terlibat dalam bidang pengurusan juga telah menunjukkan peningkatan di kebanyakan negara kecuali di negara-negara kurang maju.

Berdasarkan data dari 51 buah negara berkenaan subjek ini, sejumlah 57 peratus daripada wanita yang berumur diantara 15 hingga 49 tahun yang berkahwin ataupun masih terikat dengan perkahwinan, menyatakan mereka membuat keputusan sendiri berkenaan hubungan seksual, penggunaan alat kontraseptif dan menggunakan perkhidmatan kesihatan.

Sepanjang 25 tahun yang lalu, telah terdapat kemajuan dalam pembaharuan undang-undang demi meningkatkan kesaksamaan jantina.

Namun, undang-undang yang berdiskriminasi dan terdapatnya jurang dalam perlindungan undang-undang masih wujud di kebanyakan negara.

Berdasarkan data yang dikumpulkan pada tahun 2018 yang diambil dari 53 buah negara, meliputi empat bidang undang-undang, hampir satu pertiga mempunyai jurang yang sah dalam bidang rangka kerja undang-undang dan kehidupan awam yang menyeluruh.

Sebagai contoh, Perlembagaan, Undang-undang Anti-diskriminasi, Kuota-kuota dan Bantuan Perguaman. Data menunjukkan, lebih daripada se-perempat jurang yang sah dalam hal berkaitan keganasan terhadap wanita dan 29 peratus dalam hal berkaitan bidang pekerjaan dan faedah-faedah ekonomi.

5.Gender Equality

Manakala 24 peratus mempunyai jurang yang sah dalam hal-hal yang berkaitan dalam isu perkahwinan dan hal-hal berkaitan kekeluargaan.

Meskipun terdapat kemajuan dalam melaksanakan penganggaran responsif jantina secara global, masih wujud beberapa jurang serta ruang kosong dalam usaha suatu negara untuk membangunkan sistem pengesanan atau penjejakan yang telus dan komprehensif.

Berdasarkan data bagi tahun 2018 yang diambil dari 69 buah negara, hanya 13 buah negara telah memenuhi kriteria yang cukup dalam membangunkan sebuah sistem penjejakan data yang mampu mengukur dan membuat data anggaran jantina yang tersedia untuk umum manakala 41 buah negara masih dalam proses kearah memenuhi pensyaratan yang telah ditetapkan.

Baca Juga: SDG 4–Pendidikan Berkualiti

 

Telah Ditulis Semula Oleh:

Shahril Azri

Sumber: Laporan Setiausaha Agung, Edisi Khas: Kemajuan ke arah Matlamat Pembangunan Lestari

Rujukan asal

https://sustainabledevelopment.un.org/sdg5

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami