SDG 4–Pendidikan Berkualiti. Mendapatkan pendidikan yang berkualiti adalah asas untuk mewujudkan pembangunan lestari.
Di samping dapat meningkatkan kualiti hidup, akses kepada pendidikan inklusif juga dapat membantu melengkapkan penduduk setempat dengan alat/kemudahan yang diperlukan untuk membangunkan penyelesaian inovatif untuk masalah terbesar di dunia.
Lebih 265 juta kanak-kanak keciciran dalam persekolahan dan 22% daripadanya adalah pada tahap usia sekolah rendah. Di samping itu, kanak-kanak yang hadir ke sekolah juga tidak mempunyai kemahiran asas membaca dan matematik.
Dalam dekad yang lalu, kemajuan besar telah dilaksanakan ke arah peningkatan akses kepada pendidikan di semua peringkat dan peningkatan kadar pendaftaran di sekolah terutamanya untuk wanita dan kanak-kanak perempuan.
Kemahiran celik asas telah meningkat dengan pesat, tetapi usaha yang lebih berani diperlukan untuk melaksanakan langkah yang lebih besar untuk mencapai matlamat pendidikan sejagat.
Sebagai contoh, dunia telah mencapai kesaksamaan dalam pendidikan rendah antara kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki, tetapi beberapa negara telah mencapai sasaran itu di semua peringkat pendidikan.
Antara sebab-sebab kekurangan pendidikan yang berkualiti adalah oleh kerana kurangnya guru yang terlatih, keadaan sekolah yang tidak baik dan isu kesaksamaan peluang yang diberikan kepada kanak-kanak luar bandar.
Bagi pendidikan yang berkualiti untuk diberikan kepada anak-anak keluarga miskin, pelaburan diperlukan dalam bentuk biasiswa pendidikan, bengkel latihan guru, bangunan sekolah dan peningkatan kemudahan air dan elektrik ke sekolah.
Kemajuan SDG4 Pada Tahun 2019
Meskipun terdapat kemajuan besar dalam akses pendidikan dan penyertaan sejak tahun-tahun yang lalu, 262 juta kanak-kanak dan remaja berusia 6 hingga 17 masih tidak bersekolah pada 2017, dan lebih separuh daripada kanak-kanak dan remaja tidak memenuhi piawaian kemahiran minimum dalam membaca dan matematik (mengira).
Perubahan teknologi yang pesat memberikan peluang dan cabaran, namun demikian persekitaran pembelajaran, kapasiti guru dan kualiti pendidikan tidak dapat seiring dengan teknologi.
Perlu ada usaha untuk fokus semula dalam meningkatkan hasil pembelajaran untuk pembelajaran sepanjang hayat, terutamanya bagi wanita, kanak-kanak perempuan dan orang yang terpinggir.
Data terkini di 72 buah negara , kira-kira 7 dalam 10 kanak-kanak berumur 3 dan 4 telah mempunyai peningkatan dalam pembelajaran di dalam sekurang-kurangnya tiga domain berikut:
1.celik huruf-angka
2.pembangunan fizikal
3.pembangunan emosi sosial dan pembelajaran.
Pada 2015, dianggarkan seramai 617 juta kanak-kanak dan remaja (sekolah menengah rendah dan rendah) di seluruh dunia (lebih daripada 50 peratus) tidak mencapai tahap kemahiran minimum dalam membaca dan mengira (matematik).
Daripada jumlah tersebut, kira-kira dua pertiga telah menghadiri sekolah tetapi tidak dapat belajar di bilik darjah, keciciran dalam pembelajaran.
Sebanyak 750 juta orang dewasa (dua pertiga daripada mereka wanita) masih kekal buta huruf pada tahun 2016.
Separuh daripada populasi buta huruf di dunia tinggal di Asia Selatan, dan satu perempat tinggal di sub-Sahara Afrika.
Banyak negara membangun masih kekurangan infrastruktur dan kemudahan asas untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkesan.

Sebagai contoh, Sub-Sahara, Afrika menghadapi cabaran terbesar: pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah rendah; kurang daripada separuh sekolah yang ada tidak mempunyai akses kepada elektrik, internet, komputer dan air minuman.
Official Development Assistance (ODA) untuk biasiswa berjumlah $ 1.3 bilion pada 2017. Australia, Perancis, Jepun, United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara dan institusi-institusi Kesatuan Eropah telah menyumbang hampir dua pertiga daripada jumlah ini.
Di peringkat global, terdapat sedikit kemajuan dalam peratusan guru sekolah rendah yang dilatih: ia telah terhenti pada kira-kira 85 peratus sejak tahun 2015. Perkadaran ini adalah terendah di sub-Sahara Afrika (64 peratus).
Disini kita nampak bahawa pendidikan teramatlah penting dalam memacu sesebuah negara dan yang terpaling utama sekali ianya adalah hak terhadap kemanusiaan itu sendiri.
Ada negara yang meletakkan belanjawan kepada pendidikan antara yang tertinggi, ini kerana hanya dengan pendidikan sahajalah yang boleh memajukan bangsa dan negara.
Baca Juga: SDG 8-Pertumbuhan Ekonomi Dan Pekerjaan Yang Baik
Dikarang Semula Oleh : MN Hanif
Sumber:
https://www.un.org/sustainabledevelopment/education/
https://sustainabledevelopment.un.org/sdg4