SDG 11 – Bandar Dan Masyarakat Yang Mampan

SDG 11 - Bandar Dan Masyarakat Yang Mampan

Baru baru pada 6 November 2019 telah berlangsung Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang di rasmikan oleh Pendana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada sidang itu,Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, usaha memacu pembangunan di negara ini harus dilaksanakan secara seimbang, dengan memikirkan kepentingan perubahan iklim, degradasi alam sekitar dan penggunaan sumber alam secara lestari.

Pada sidang itu juga beliau mengatakan bahawa Kerajaan melihat teknologi digital memainkan peranan penting ke arah usaha mencapai 17 agenda SDG 2030 yang dipersetujui secara sebulat suara menerusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 2015 lalu.

Jadi kita lihat apa yang dikatakan bandar dan penempatan manusia inklusif, selamat, berdaya tahan dan mapan, dan bagaimana kita dapat membantu dalammelaksanakan usaha ini.

SDG 11 - Bandar Dan Masyarakat Yang Mampan

Pembangunan bandar dapat didefinasikan sebagai mewujudkan bandar yang berkekalan, bermakna mewujudkan peluang kerjaya dan perniagaan yang selamat dan mampu dimiliki, dan membina masyarakat dan ekonomi yang berdaya tahan, dengan mengambil kira keupayaan menampungnya, pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelingnya.

Pentingkah pembangunan bandar ini kepada masyarakat? Ya kerana dengan pembanguanan bandar dapat meningkatkan ekonomi masyarakat dan pembangunan ekonomi sesebuah bandar.

Bandar juga kunci kepada masa depan yang mampan, yang merupakan satu tempat menarik untuk hidup dan mampu mencapai skala ekonomi dalam semua sistem bandar.

Berdasarkan fakta di bawah ini juga menunjukkan peranan pembangunan bandar sangat penting.

SDG 11 - Bandar Dan Masyarakat Yang Mampan

1) Bandaraya dunia hanya menduduki hanya 3 peratus daripada tanah Bumi, tetapi menyumbang 60-80 peratus penggunaan tenaga dan 75 peratus pengeluaran karbon.

2) Setengah manusia – 3.5 bilion orang – tinggal di bandar raya hari ini dan 5 bilion orang dijangka tinggal di bandar pada tahun 2030.

3) 95 peratus daripada pengembangan bandar pada dekad yang akan datang akan berlaku di negara membangun

4) 883 juta orang hidup di kawasan kampung hari ini dan kebanyakannya ditemui di Timur dan Asia Tenggara.

5) Perbandaran yang cepat memberi tekanan kepada bekalan air bersih, kumbahan, persekitaran hidup, dan kesihatan awam

6) Sehingga 2016, 90% penduduk bandar telah bernafas udara tidak selamat, menyebabkan 4.2 juta kematian akibat pencemaran udara ambien. Lebih separuh penduduk bandar global terdedah kepada tahap pencemaran udara sekurang-kurangnya 2.5 kali lebih tinggi daripada standard keselamatan.

Bagaimana mahu mencapai pembangunan bandar yang mampan adalah dengan meningkatkan pengangkutan awam yang cekap tenaga, buat perancangan bandar yang mampan, membina rumah yang cekap tenaga, pengurusan sisa pepejal yang lebih baik, menambah baik ruang yang ada supaya lebih mampan dan pelbagai lagi usaha ke arah bandar yang mampan.

Sebagai contoh kita boleh jadikan bandar bandar yang maju sebagai panduan seperti bandar London, Stockholm, Edinburgh dan jiran terdekat kita Singapura.

SDG 11 - Bandar Dan Masyarakat Yang Mampan

Kesimpulannya, Pembangunan bandar yang mampan juga perlulah mengambil kira keadilan sosial kawasan bandar, keperluan sumber manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dan semua ini membantu mempromosikan penyelesaian kepada isu-isu persekitaran yang sama seperti gas rumah hijau, isu iklim bandar, pencemaran air dan sisa, penggunaan tenaga, dan kesihatan dan kesejahteraan pengguna.

Oleh itu, semua pihak baik kerajaan mahupun pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengambil langkah-langkah yang drastik untuk merancang pembangunan bagi memenuhi permintaan masyarakat yang menginginkan sesuatu bandar itu selamat,selesa dan aman seperti pembangunan yang mapan untuk mengelakkan kedidakselesaan masyarakat terhadap bandar kita.

Baca Juga: Fenomena Li Ziqi Dan Apa Kaitannya Dengan SDG 15

 

Ditulis Oleh: Mohd Amani Mahmud

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami