Plastik Dan Lautan: Kebaikan Atau Kemusnahan?

sdg14

Pada tahun 2015, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG- Sustanable Development Goal), yang juga dikenali sebagai Matlamat Global, telah diterima pakai oleh semua Negara Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai panggilan universal untuk bertindak untuk menamatkan kemiskinan, melindungi planet ini dan memastikan semua orang menikmati keamanan dan kemakmuran menjelang 2030.

SDGs

Ia merupakan satu komitmen yang besar dan hasilnya adalah untuk kesejahteraan bersama seperti yang telah di ajar di dalam pendidikan agama Islam iaitu Rahmatan Lil Alaminn…

Di sini kita akan membincangkan akan hal yang berkenaan SDG yang ke-14. Goal 14: Life Below Water. Bumi yang membolehkan manusia ini tinggal adalah bumi yang terpelihara oleh penduduk nya.

Ini adalah berkait rapat dengan cara kerja dan bagaimana manusia hari ini menjaga dan menjalankan amanah untuk generasi yang akan datang agar generasi penerus ini dapat hidup dengan lebih baik.

SDG 17-Kerjasama Demi Matlamat – Muafakat Membawa Berkat

Namun, di sebab kan kerakusan dan kelalaian manusia hari ini lautan dunia telah pun terkesan dan sekiranya ia tidak di segerakan untuk baik pilih, generasi hadapan akan menanggung akibat nya.

Berbilion bilion manusia bergantung kepada biodiversiti marin dan pantai sebagai makanan dan mata pencarian mereka.

Walau bagaimanapun, pada hari ini kita melihat 30 peratus daripada stok ikan dunia yang terlalu mahal dan mengalami kekurangan sumber.

Sejak bermula nya revolusi perindustrian, dunia telah menyaksikan peningkatan sebanyak 26 peratus kadar keasidan laut.

Pencemaran marin ini telah pun mencapai kepada tahap yang membimbangkan sehinggakan rata-rata 13000 kepingan plastik sampah boleh di jumpai di setiap kilometer persegi lautan.

sdg14

Pelbagai bentuk, warna dan gaya plastik telah pun direka, dari sebebesar-besar plastik sehingga lah sekecil-kecil plastik.

Ketika anda sedang membaca tulisan ini, isu pelupusan barangan plastik masih menjadi perbualan hangat dan sehingga kini ia sukar dikawal. Ada yang mengambil jalan mudah iaitu dengan membuang nya ke sungai seterusnya bahan itu akan ke laut.

Ini menjadi satu ancaman yang sangat besar kepada hidupan marin dan dianggarkan kira-kira 240 tan plastik setahun telah digunakan.

Pelbagai proses dan aktiviti dari industri seperti pembuangan sisa, rawatan sisa dari pembuatan kosmetik, tekstil dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran semakin teruk dan memberi impak yang besar kepada ekosistem.

Kita pernah melihat bahkan ia menjadi tular apabila seekor penyu, hidung nya tercucuk penyedut minuman yang cuba diselamatkan oleh sekumpulan aktivis haiwan, dan ada juga cengkerang penyu menjadi seakan bentuk nombor lapan akibat terjerut dengan plastik. Kasihan..!

Beratus ratus spesis haiwan laut mendapat kesan buruk akibat pencemaran plastik ini. Sisa plastik seolah olah dianggap sebagai makanan bagi haiwan tersebut.

Pernahkah anda mendengar tentang plastik mikro? Plastik micro adalah plastik yang bersifat tidak terbiodegradasi.

Di antara jenis plastik mikro adalah seperti Polietelena dan polipropilina. Bahan ini sering diguna untuk membuat bahan pencuci pakaian, pencuci muka dan sebagainya.

Plastik micro ini juga dikenali sebagai manik mikro (microbead) yang berfungsi sebangai agen pembersih kotoran, minyak dan lain-lain.

Di Amerika Syarikat, pada tahun 2015. negara itu telah pun mengharamkan penggunaan manik mikro didalam pembuatan barangan penjagaan harian supaya pencemaran dapat dikurangkan.

China Merancang Untuk Tidak Menggunakan Plastik Sekali Guna Menjelang 2025

Kita bukanlah nak memerangi plastik sehingga langsung tiada dimuka bumi ini, tapi langkah langkah mengurangkan pencemaran ini sangat penting supaya keseimbangan alam sejagat dapat dijaga.

Bukankah kita telah diamanahkan oleh anak cucu supaya menjaga alam ini untuk mereka. Peranan kerajaan, pihak industri dan rakyat sangat terkait dalam hal kelestarian alam ini.

sdg 14

Di negara kita ini juga boleh diperhatikan pencemaran sungai dan laut, namun sekarang dah menampakkan kesedaran dari semua pihak dengan langkah langkah yang telah diambil, sebagai contoh pembersihan sungai Klang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta.

Peranan kita secara individu juga sangat penting, dah makan jajan atau gula gula, kemana plastik itu kita buang? Kalau memang ke tempatnya baguslah.

Baca Juga: 7 Dokumentari Yang Perlu Anda Tonton Berkenaan Alam Sekitar

Di Tulis oleh: Mohd Helmi Jamil

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami