Pertanian Lestari Menjadikan Sungai Di Cuba Menjadi Bersih

sungai

Penyelidikan telah mendapati bahawa Sungai Cuba berada dalam kesihatan yang lebih baik daripada Sungai Mississippi.

Hasil penyelidikan itu adalah usaha bersama antara Cuba dan Amerika Syarikat dengan ini menandakan kerjasama pertama antara kedua-dua negara dalam lebih daripada 60 tahun.

Kerja ini merupakan sebahagian daripada kajian hidrologi Cuba, yang memberi tumpuan kepada kualiti air sungai-sungai di pulau itu.

Berbanding dengan Sungai Mississippi, 25 sungai di Cuba yang ditinjau menunjukkan kepekatan fosforus dan pencemaran nitrogen yang rendah.

Ini mungkin dikaitkan dengan faktor peralihan Cuba ke arah pertanian lestari, dimana negara itu sedang berusaha menyingkirkan bahan kimia sintetik yang diimport.

Walaupun banyak cerita mengenai peralihan Cuba terhadap pertanian pemuliharaan tanpa bukti yang jelas, namun ahli geologi dan penyelidik Paul Bierman menjelaskan, “Kajian ini memberikan data kuat bahawa perkara penting ini adalah benar.”

Satu lagi penemuan menarik adalah bahawa walaupun lebih daripada 80% sampel sungai Kuba mempunyai bakteria E. coli, namun telah didapati sumber itu datangnya dari tahi lembu dan kuda yang merumput di sepanjang tebing sungai.

Pasukan penyelidikan percaya bahawa perkara ini boleh dikaitkan dengan penggunaan kuda yang intensif untuk pengangkutan dan kerja ladang.

sungai

Para penyelidik juga ada menyimpulkan bahawa negara pulau itu komited untuk mempromosikan lebih banyak pertanian lestari dan memperbaiki tanah dan airnya.

Pasukan Amerika terdiri daripada ahli geologi Paul Bierman dari University of Vermont dan ahli geosains Kolej Oberlin Amanda Schmidt.

Pasukan Cuba pula diketuai oleh Rita Hernández, yang mewakili Pusat Pengajian Alam Sekitar Cienfuegos, iaitu sebuah kumpulan penyelidikan ekologi.

Penyelidikan bersama ini disokong oleh Yayasan Sains Kebangsaan A.S., baru-baru ini diterbitkan dalam jurnal GSA Today dari Persatuan Geologi Amerika.

Hasil penyelidikan ini boleh memberikan contoh yang baik kepada orang lain di seluruh dunia terutamanya negara kita Malaysia yang tercinta ini. Teringin rasanya sebelum mata terpejam dapat melihat Sungai Klang, Sungai Gombak bersih dan menjadi contoh juga kepada negara lain.

 

Baca Juga: China Merancang Untuk Tidak Menggunakan Plastik Sekali Guna Menjelang 2025

 

Sumber: https://phys.org/

Sumber Gambar: Wikimedia Commons

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami