Ada kira-kira sebulan lebih lagi sebelum Pertandingan SDG ini berakhir iaitu pada 20 September 2020. Pertandingan ini dilancarkan pada 14 Julai yang lalu, oleh Pertubuhan Pelancongan Sedunia PBB (UNWTO) dan terbuka kepada semua usahawan permulaan (Startup) di seluruh dunia.
Ia bertujuan untuk menggalakkan masyarakat khususnya usahawan-usahawan generasi baru untuk menerapkan nilai-nilai kelestarian di dalam bisnes atau perusahaan masing-masing. Objektif terperincinya adalah;
- Mencari penyelesaian yang paling inovatif dalam mempercepat pencapaian SDG
- Menghubungkan penggerak-penggerak di dalam ekosistem inovasi dan keusahawanan sedunia seperti PBB, agensi kerajaan, usahawan, pelabur, ahli akademik, korporat dan lain-lain
- Untuk menyediakan platform untuk bertukar idea, ilmu, model bisnes dan rahsia kejayaan antara ‘startup’ di seluruh dunia
- Untuk mempromosi pelancongan sebagai sektor penting dalam SDG
Semua ‘startup’ baik dari mana-mana sektor ekonomi dipelawa untuk menyertai pertandingan ini jika anda memenuhi kriteria-kriteria berikut;
- Bersikap inovatif dan memberikan nilai tambah dalam penyelesaian masalah
- Berjiwa mampan
- Mempunyai potensi untuk maju secara meluas dan menjadi perusahaan yang internasional
- Startup pada tahap awal
- Ada rancangan perniagaan yang teruji
- Sudah melalui fasa pecutan
- Mempunyai tim yang bekerja sepenuh masa
Peserta seterusnya akan diminta untuk memilih salah satu dari 17 SDG sebagai kategori yang dirasai mampu memberi impak paling besar. Penilaian akan dibuat berdasarkan dari sudut-sudut yang berikut;
- Sumbangan kepada Sasaran Pembangunan Mampan (SDG)
- Kolaborasi dan nilai yang diterapkan dalam memajukan produk/servis
- Potensi dari impak perniagaan kepada masyarakat
- Kematangan produk/teknologi
- Kematangan organisasi (motivasi/tujuan asal kepada keusahawanan)
- Kesediaan untuk menjadi rakan kongsi
Antara imbuhan yang akan diberi kepada pemenang adalah;
- Peluang untuk ‘pitching’ di Hari Demo UNWTO
- Program bimbingan yang disusun merangkumi sesi ‘one on one’ dan berkumpulan yang berfokus tentang harta intelek (IP), kelestarian, perniagaan dan kepemimpinan
- Akses kepada sokongan teknologi
- Hubungan dengan Rangkaian Inovasi UNWTO
- Potensi untuk projek perintis bersama kolaborator dan institusi dari sektor swasta
Jadi, jika anda adalah seorang usahawan ‘startup’ yang mempunyai nilai-nilai mampan dan lestari, ayuh manfaatkan peluang ini untuk mengembangkan sayap perniagaan anda ke satu tahap yang lebih tinggi.
Serta di masa yang sama mengharumkan nama negara Malaysia. Maklumat lanjut mengenai cara permohonan boleh dilihat melalui link di bawah.
Selamat Mencuba!
Rujukan: