Perlukah Kerajaan Memberi Gaji Atau Elaun Minimum Kepada Semua?

mampankini

Adakah anda bersetuju sekiranya diberikan pendapatan asas atau pun elaun khas setiap bulan dari kerajaan Malaysia? Rata-rata pasti bersetuju bukan?

Disaat kita sedang mengharungi dugaan Covid-19 yang begitu serius di seluruh dunia, kita harus tahu bahawa Pandemik Covid-19 bukan sahaja krisis kesihatan, tetapi melibatkan bencana ekonomi yang dasyat bagi kebanyakan negara di dunia.

Untuk makluman semua, SDG-10 dengan matlamat untuk mengurangkan ketidaksamaan telah menjadi topik hangat ketika ini disaat Pandemik Covid-19 melanda, ketidakadilan dan ketidaksamaan semakin jelas kelihatan diseluruh dunia.

Berjuta-juta orang kehilangan pendapatan dan berjuta-juta orang juga hidup di dalam keadaan yang tidak selamat disebabkan tiada penjarakan sosial dan kekurangan akses kepada sumber makanan akibat dari kawalan pergerakan serta sekatan yang terpaksa diambil bagi membendung penularan Covid-19.

Kesan Pandemik Covid-19 Kepada Dunia

Ketika ini juga seorang pengawai kanan PBB yang bertugas di Program Pembangunan PBB (UNDP) telah mencadangkan agar setiap negara menyediakan pendapatan asas sejagat atau lazimnya disebut Universal Basic Income (UBI) bagi jutaan rakyat yang kehilangan pekerjaan disebabkan oleh langkah-langkah yang diambil untuk membendung penularan covid-19, seiring dengan peningkatan ketidaksamaan yang sedang berlaku.

Kanni Wignaraja, yang mengendalikan biro Asia Pasifik UNDP, menjelaskan kepada berita PBB mengapa idea UBI (di mana pemerintah memberikan sejumlah wang minimum kepada semua warganegara, berdasarkan status pekerjaan atau pendapatan) mula mendapat perhatian umum. Berikut temubual di antara Berita PBB dengan beliau.

Bagaimana idea UBI boleh tercetus?

“Penularan Covid-19 telah mengoncang ekonomi, masyarakat mula mempersoalkan model ekonomi sedia ada. Pandemik ini dengan jelas telah meningkatkan tahap ketidakadilan dan ketidaksamaan yang ada di seluruh dunia. Oleh itu, kita memerlukan idea yang lebih berani, termasuk beberapa idea yang pernah ditolak sebelum ini.

Di PBB, kami mengatakan bahawa, jika tidak ada pendapatan minimum diberikan ketika kejutan besar seperti ini melanda, kebanyakan orang tidak mempunyai pilihan untuk menyara hidup. Mereka cenderung untuk mati kelaparan atau disebabkan penyakit lain, sebelum Covid-19 menimpanya.

Kini Berjuta-juta orang tidak mempunyai pekerjaan. Sebilangan besar bekerja di sektor tidak rasmi, tiada kontrak, insurans atau apa-apa jenis jaminan pekerjaan.

Tambahan pula kebanyakan mereka yang tidak bernasib baik ini, merupakan pelarian, dan orang-orang yang tiada dokumen, dimana mereka tidak pernah menjadi sebahagian daripada sistem formal untuk melayakan mereka menerima bantuan.

Inilah sebabnya mengapa, bagi UNDP, sangat penting untuk mengembalikan perbincangan mengenai UBI dan menjadikannya sebahagian dari pakej rangsangan fiskal yang sedang dirancang oleh negara.

Apakah respon yang anda terima daripada kerajaan di rantau Asia-Pasific?

Foto: Bank Dunia / Chhor Sokunthea, oleh Bank Dunia / Chhor Sokunthea
Kami menerima respon jauh lebih banyak berbanding sebelum ini. Buat pertama kalinya, kami menerima lebih banyak data bagi mereka yang paling terkesan.
Soalan-soalan yang sangat spesifik mengenai jenis pakej keselamatan sosial yang melindungi masyarakat hari ini turut dikemukakan.
Hasil penemuan mendapati bahawa di rantau Asia Pasifik terdapat kira-kira 60% orang tidak mempunyai sebarang bentuk perlindungan sosial sama sekali dan mereka sememangnya tidak mampu untuk memperolehi sebarang pilihan pakej perlindungan di luar sana.

Setiap dolar yang dilaburkan adalah untuk memastikan masyarakat memiliki perlindungan yang sewajarnya, dimana ia jauh lebih murah berbanding pelaburan besar yang dilakukan untuk menyelamatkan seluruh ekonomi, atau membayar subsidi bahan bakar fosil.

Tetapi bukankah terlalu mahal untuk memberi pendapatan asas bagi semua?

Sebilangan besar negara di Asia Pasifik mempunyai hutang domestik yang tinggi atau hutang luar negeri yang tinggi, dan kami tidak mahu melihat beban hutang yang semakin meningkat, kerana ini akan menyebabkan lebih banyak masalah bagi generasi akan datang.

Tetapi kebanyakan negara di rantau ini, nisbah cukai kepada KDNK sangat rendah, dan kebanyakan wang awam berasal dari cukai tidak langsung yang regresif. Dengan kata lain, golongan miskin sebenarnya yang dikenakan cukai secara tidak seimbang, dan ini harus kita ubah.

“Anai-anai fiskal ”memakan pendapatan cukai negara. Kebanyakan negara membenarkan percukaian dan pengurangan cukai. Di samping itu, mereka menawarkan subsidi bahan bakar fosil yang besar dan menyebabkan pengaliran sumber awam yang besar ke sana.

mampankini
Di samping itu, negara-negara membangun kehilangan lebih dari satu trilion dolar setiap tahun kerana aliran kewangan haram, dan ini belum dikira gejala rasuah dan ketidakcekapan dalam pengurusan negara.

Kita harus menghentikan barah kewangan ini. Melakukan koreksi pada mana-mana bahagian akan mengumpulkan dana yang secukupnya untuk memberi pendapatan asas bagi semua.

Pendapatan asas ini bukanlah selamanya tetapi ia amat diperlukan sekarang, memandangkan isu sosial dan ekonomi disebabkan oleh virus Covid-19.

Bagaimana negara-negara di Asia Pasifik dapat pulih dengan kaedah yang lebih mampan dan mengurangkan ketidaksamaan?

 
Photo Kredit: Oleh UN Women / Ploy Phutpheng
Coronovirus secara keseluruhannya berlaku terlalu pantas disebabkan oleh perpindahan penyakit dari spesies haiwan ke manusia kerana kita sendiri tidak menjaga persekitaran.
Kita sudah memusnahkan terlalu banyak habitat semula jadi sehinggakan pelbagai penyakit ini berpindah dari haiwan ke manusia sehingga ia tidak dapat dielakkan.

Oleh itu, sangat menggembirakan apabila kita melihat Republik Korea berjaya menjalankan pilihan raya disaat pandemik ini dan parti yang menang mengetengahkan manifesto ekonomi rendah karbon, dan sifar pelepasan pada tahun 2050.

Memperlihatkan sokongan yang luar biasa bagi platform ini. Para pengundi dan saya berharap kesedaran ini berlaku di seluruh dunia dan mula menghubungkan titik-titik kesedaran.
Mereka tidak hanya melihat ini sebagai krisis ekonomi dan kesihatan, tetapi juga menyedari bahawa ia berkaitan dengan krisis iklim dan persekitaran.

Itulah sebabnya kami, di PBB, menegaskan pentingnya kemampanan ekonomi, sosial, dan persekitaran, dan keperluan untuk menyatukan manusia dan planet, dan melabur dalam kedua-duanya.

Ini bukan suatu impian yang mustahil atau terlalu mahal untuk menjadi kenyataan. Kos sara hidup dengan bahan bakar fosil, dengan penyakit seperti Covid-19, jauh lebih mahal, bukan hanya dalam jangka panjang, bahkan dalam jangka pendek juga.

Beberapa negara di Asia dilihat terdedah dengan teknologi baru, seperti automasi. Kini, ada kebimbangan bahawa berjuta-juta pekerjaan akan hilang disebabkan oleh pandemik. Bolehkah UBI menyelamatkan rantau ini?

UBI bukanlah penyelesaian untuk masalah ekonomi di rantau ini, tetapi ia dapat menyelamatkan orang dari terus jatuh.

Terdapat krisis pekerjaan yang semakin meningkat di rantau ini, dan ekonomi perlu berkembang dengan mengambil kira fakta-fakta diatas kertas.

Kebanyakan negara di Asia, mempunyai populasi yang sangat muda dan sedang berkembang, sehingga semakin ramai yang memasuki pasaran pekerjaan.

Tahap pendidikan juga meningkat, dan mereka bersedia untuk menyumbang. Tetapi pasaran pekerjaan ketika ini tidak berkembang dengan pesat. Pada masa yang sama pekerjaan yang ada, harus lebih hijau dan lebih selamat kali ini.

Di samping itu, integrasi ekonomi dunia yang lebih dekat membawa masalah baru. Contohnya, Bangladesh mempunyai sedikit kes Covid-19 beberapa bulan yang lalu, tetapi lebih dari satu juta orang dalam industri pakaian diberhentikan.

mampankini

Ketika kilang di China tidak boleh beroperasi pada awal wabak, rantaian bekalan dan bahagian penting seperti kancing dan ritsleting tidak dapat dihantar lagi.

Ini menyebabkan kilang-kilang di Bangladesh ditutup. Mereka yang dipecat paling beruntung pun hanya menerima gaji seminggu dan tiada sebarang perlindungan sosial. Kebanyakan dari mereka hanya terbiar di jalanan.

Contoh lain adalah negara-negara yang sangat bergantung pada sektor pelancongan, seperti Maldives, Thailand, Sri Lanka dan Bhutan. Ekonomi terjejas sangat teruk apabila pelancong disekat dan terhenti.

Krisis ini menimbulkan beberapa pertanyaan mengenai ketahanan ekonomi. Sebagai contoh, berapa banyak yang harus kita tanam dan hasilkan sendiri agar tetap terselamat dalam menghadapi krisis seperti ini?

Walaupun setiap negara saling terhubung, namun kita dapati bahawa rantaian bekalan global yang kita anggap kuat sebenarnya adalah sangat lemah. Apabila ikatan itu terputus,maka seluruh ekonomi boleh runtuh ”

Kesimpulan

Melalui wawancara dari berita PBB, boleh disimpulkan bahawa UBI secara keseluruhannya bukanlah satu solusi yang menyeluruh namun sangat diperlukan disaat ekonomi semakin tenat.

Sebenarnya pelbagai faktor perlu diambil kira bagi menangani ketidaksamaan. Pada hemat penulis segalanya perlu bermula dari kepimpinan sebuah negara yang harus mempunyai cita-cita serta langkah-langkah yang jelas dalam menjayakan kemampanan ekonomi, sosial, persekitaran, dan keperluan untuk menyatukan manusia dan planet, dan juga disokong oleh rakyat yang mempunyai sifat-sifat kemanusiaan yang sangat tinggi bagi menjayakannya dalam menuju kesejahteraan yang mampan.

Disaat ini, kita juga menyedari bahawa ekonomi dunia yang saling berintegrasi sebenarnya sangat lemah sepertimana yang telah dinyatakan didalam wawancara tersebut.

Walaupun setiap negara saling terhubung, namun kita mendapati bahawa rantaian bekalan global yang kita anggap kuat sebenarnya adalah sangat lemah. Apabila ikatan itu terputus,maka seluruh ekonomi boleh runtuh “

Sebenarnya kata-kata beliau selari dengan apa yang difirmankan Allah S.W.T di dalam Surah Al-Ankabut, Ayat 41:

مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah laba-laba kalau mereka mengetahui.”

Kekuatan harus dimulai dari dalam. Disaat kita dilanda badai kita tetap mampu bertahan. Disaat bekalan makanan dunia menyusut kita mampu mengadakan simpanan.
Sepertimana dalam kalimah kitab suci Allah di dalam surah An-Nahl, ayat 68 dan 69. Allah mengajar kita supaya mencontohi sifat lebah yang hidup berkelompok membina sarangnya di tempat yang tinggi-tinggi dan menyimpan madu yang akan menjadi ubat bagi manusia.
mampankini
Berbanding sarang labah-labah yang digambarkan sebagai sangat lemah, mudah rosak andai dihembus angin, kekuatan sarangnya bergantung kepada ikatan-ikatan dan pautan-pautan yang lemah.
Sama seperti keterikatan ekonomi dan kebergantungan kita terhadap kuasa ekonomi dunia ketika ini yang telah menyebabkan ketidaksamaan dan kemelesatan ekonomi berlaku disegenap lapisan masyarakat.
Semoga kita berjaya mengharungi saat-saat sukar dan kita juga seharusnya bersyukur berada di Malaysia. Dimana pihak kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi mengawal wabak Covid-19 dan cukup prihatin terhadap keadaan ekonomi negara dan rakyat dengan suntikan dana yang cukup besar bagi merangsang ekonomi dan juga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini bagi memastikan keseimbangan ekonomi negara terus berjalan disamping mengawal penularan wabak Covid-19 sebaik-baiknya.

Penulis:
Ahmad Suhaimi

Rujukan

1. https://news.un.org/en/story/2020/05/1063312

2. Al -Quran terjemahan

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami