Manfaat Berjalan Kaki 15 Minit Setiap Hari Untuk Tubuh Badan

Manfaat Berjalan Kaki 15 Minit Setiap Hari Untuk Tubuh Badan

Aktiviti fizikal adalah penting untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal anda. Walau bagaimanapun, tidak semua orang boleh pergi ke gym kerana kekangan kerja dan hal hal penting yang lain. Namun, aktiviti berjalan dapat membantu anda untuk mengatasi masalah tersebut.

Berjalan kaki selama 15 minit dapat memberi anda manfaat yang besar kepada tubuh badan kita. Berjalan boleh menambah tujuh tahun ke dalam hidup anda, dan ia juga boleh mengoptimumkan secara keseluruhannya.

Sanjay Sharma, profesor penyakit jantung di jabatan kardiologi sukan di Hospital Universiti St.George, NHS Foundation Trust di London, menjelaskan bahawa kita tidak boleh mengelakkan penuaan, tetapi kita pasti boleh menangguhkannya.

Anda boleh sihat pada umur 70-an, dan anda juga boleh hidup dalam usia 90-an. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki ini dapat membantu memberi anda hidup 3-7 tahun lagi.

Antara Manfaat Berjalan Kaki Untuk Kesihatan:

Tekanan darah tinggi

Berjalan setiap hari untuk menurunkan tekanan darah anda dan pastikan ia dikawal.

Pencernaan

Ahli fisioterapi terkenal, Tara Aleichem mendapati bahawa berjalan kaki boleh membantu meningkatkan pencernaan.

Tulang Kuat

Kegiatan fizikal yang kerap membuat tulang anda lebih kuat, dan meningkatkan kepadatannya. Berjalan setiap hari juga boleh membantu mengurangkan risiko osteoporosis.

Prestasi Kognitif

Kajian baru-baru ini mendapati bahawa berjalan secara berkala meningkatkan prestasi kognitif dalam individu setiap kumpulan umur.

Panjang umur

Pastikan anda berjalan setiap hari. Walaupun tidak menjadikan anda menjadi kembali muda belia, tetapi anda akan hidup lebih lama jika anda berjalan setiap hari.

Emosi

Kajian pada tahun 2016 mendapati bahawa, berjalan kaki selama 20 minit setiap hari boleh meningkatkan keyakinan diri peserta. Ia juga membantu anda meredakan kemarahan.

Kesimpulannya

Perkataan dan sebutan berjalan itu memang mudah, tetapi anda perlu melakukan aktiviti itu sesuai dengan keselesaan anda. Pastikan anda memakai kasut dan pakaian yang betul. Pakai sesuatu yang ringan dan selesa, dan anda tidaklah digalakkan untuk berjalan apabila cuaca terlalu panas di luar kerana ianya boleh membuatkan stroke haba.

Minum air yang secukupnya, bawalah bekalan air jika anda jenis cepat haus. Beriadah secara berkumpulan boleh membantu anda dapat jarak yang lebih jauh lagi kerana pasti ada sahaja perkara yang nak disembangkan.

Jika boleh berjalan 1 jam ke 1 jam setengah setiap hari lagilah baik untuk kesihatan atau 10 000 langkah. Akhir sekali berjalanlah untuk kesihatan.

 

Sumber:

www.cleanfoodhouse.com
www.apost.com

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami