Komitmen Lebih 50 Negara Untuk Lindungi Bumi

Komitmen Lebih 50 Negara Untuk Lindungi Bumi

Beberapa pemimpin dunia bertemu di One Planet Summit di Paris pada 11 Januari 2021 untuk membincangkan krisis biodiversiti, mempromosi arkeologi dan untuk mengkaji hubungan antara kesihatan manusia dan alam. Acara itu dihadiri oleh ramai pemimpin dunia, termasuk Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.

The High Ambition Coalition (HAC) untuk alam dan manusia telah berjanji untuk melindungi 30% daratan dan air di Bumi menjelang 2030 untuk memperlambat kepupusan alam dan spesies haiwan.

HAC adalah gabungan lebih dari 50 negara yang dibentuk pada tahun 2011 untuk mendorong tindakan dalaman terhadap krisis iklim sebelum Perjanjian Paris. Gabungan itu kini dipengerusikan bersama oleh tiga negara: Perancis, UK, dan Costa Rica.

Ia dibentuk di Durban, Afrika Selatan pada tahun 2011 dan telah menjadi yang terkehadapan dalam mendorong tindakan antarabangsa terhadap krisis iklim. Gabungan itu mempromosikan tindakan menentang kehilangan kepelbagaian hidupan dan berharap janji itu akan membawa kepada perjanjian pemuliharaan yang berjaya semasa sidang kemuncak Cop15 2021 di China.

Selain janji untuk melindungi 30% planet ini, beberapa negara dalam gabungan ini juga berjanji untuk membiayai projek pemuliharaan alam. Gabungan itu telah berjanji untuk melabur berbilion pound dalam projek Great Green Wall of Africa dan pelancaran Terra Carta yang baharu oleh Putera Charles.

Komitmen Lebih 50 Negara Untuk Lindungi Bumi

Janji-janji gabungan itu mendapat pujian dan tepukan, walaupun mendapat juga kritikan dari pelbagai pakar alam sekitar. Mereka menekankan bahawa komitmen itu harus disusuli dengan usaha dan pelaksanaan yang sebenarnya.

Ketua politik Greenpeace UK, Rebecca Newsom menjelaskan bahawa terdapat juga kebimbangan mengenai sumber dana yang dijanjikan oleh negara-negara seperti UK. Newsom berpendapat bahawa dana tersebut tidak boleh dipotong dari anggaran yang telah diperuntukkan untuk projek-projek alam sekitar yang lain.

Pada pendapat admin, usaha murni seperti ini sememangnya memerlukan komitmen yang sangat jitu dari semua lapisan dalam sesebuah negara, dari pemimpin hinggalah ke rakyat.

Di negara kita, ramai orang memang sudah maklum dan sedar akan pentingnya menjaga kepentingan alam sekitar, bukan hanya untuk masa sekarang sahaja tapi untuk selama-lamanya.

Bukankah kita (manusia) diutus untuk merahmatkan sekalian alam? Namun mari kita lihat di sekeliling kita; banjir lumpur, tanah runtuh, sampah memenuhi sungai, hutan digondolkan dan lain-lain lagi. Adakah ini angkara haiwan atau tiba tiba berlaku secara semulajadi? Fikir-fikirkanlah.

Baca Juga: Hidrogen Hijau: Scotland Negara Pertama Mengujinya 100%

 

Sumber:

https://www.hacfornatureandpeople.org/

https://inhabitat.com/

 

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami