Semua mengetahui, satu dunia sedang mengalami peperangan dengan tentera ghaib yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Peperangan ini bukan sekadar peperangan yang kecil tetapi merupakan peperangan yang cukup besar.
Wabak penyakit yang mulanya hanya berlaku di sebuah daerah di China, kini telah merebak keseantero dunia. yang memberikan mimpi ngeri kepada hampir seluruh negara di dunia tidak mengira status negara terbabit.
Negara maju, negara mundur, negara dunia ketiga dan sebagainya. Keterukan wabak ini menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan sebagai pandermik.
Tapi apa itu pandermik? Pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga melepasi sempadan negara dan benua, malah ke seluruh dunia.
”WHO telah menilai penularan wabak ini sepanjang masa dan kami sangat bimbang dengan tahap penyebaran dan keterukan wabak ini, serta tahap tindakan yang tidak mencukupi.
”Oleh itu, kami telah membuat penilaian bahawa COVID-19 boleh dikategorikan sebagai pandemik,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi siaran langsung.
Pandermik berdasarkan pemahaman melalui Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sehingga setakat aktikel ini ditulis (9 April) dunia telah merekodkan 1,462,698 kes positif COVID19 dengan kematian seramai 84,792 orang. Dan sehingga kini, antiviral kepada penyakit ini masih lagi belum di temui. Rata-rata masih didalam kajian dan percubaan.
Melalui data ini, cukup menggerunkan kepada semua manusia khasnya.
Mari kita lihat kesan-kesan kepada penularan wabak COVID-19 ini kepada dunia.
1.MANUSIA
Dengan jumlah pesakit yang tinggi, begitu juga dengan kes kematian. Hal ini menyebabkan kebanyakan negara mengambil langkah melakukan sekatan pergerakan kepada rakyat mereka bagi menyekat wabak ini terus merebak dengan lebih meluas.
>kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup dan menyebabkan ramai kehilangan perkerjaan.
>Tidak mengetahui bila akan tamat penularan wabak ini, menyebabkan kita mengalamai tekanan secara fizikal dan juga mental. Dalam semua kes, kekurangan maklumat atau maklumat yang salah, baik yang diberikan secara tidak sengaja atau jahat, telah meningkatkan kesannya.
Terdapat sejumlah besar maklumat mengelirukan yang beredar dalam talian mengenai COVID-19, dari maklumat perubatan palsu hingga spekulasi mengenai tindak balas pemerintah. Gabungan setengah kebenaran dan omong kosong dalam catatan yang tular menyukarkan syarikat media sosial untuk menyaringnya.
>Memburukan lagi keadaan, penjenayah dan penggodam juga mengeksploitasi keadaan ini dan terdapat peningkatan ketara di laman web berbahaya bertema Coronavirus, dengan lebih dari 16000 domain berkaitan coronavirus baru didaftarkan sejak Januari 2020.
>Jarak sosial dan penguncian juga mendorong tingkah laku altruistik, sebahagiannya kerana perasaan bahawa “kita semua bersama-sama”. Ramai orang melaporkan merasa bosan atau bimbang penambahan berat badan.
>Kelemahan pengasingan diri atau penguncian sosial adalah gejala tekanan traumatik, kekeliruan dan kemarahan, yang semuanya diperburuk oleh ketakutan jangkitan, mempunyai akses terhad kepada bekalan keperluan, maklumat yang tidak mencukupi atau pengalaman kehilangan ekonomi atau stigma.
>Tekanan dan kegelisahan ini dapat menyebabkan peningkatan penggunaan alkohol, serta peningkatan keganasan rumah tangga dan keluarga.
2.EKONOMI
Kesan kepada ekonomi juga tidak kurang hebatnya. Lihat sahaja rekod ini:
>Ekonomi China merosot pada suku pertama 2020 – pertama kalinya sejak rekod bermula pada tahun 1992. KDNK dalam ekonomi kedua terbesar di dunia turun 6.8% pada Januari-Mac tahun ke tahun – lebih daripada 6.5% yang diramalkan oleh penganalisis dan sebaliknya dari pengembangan 6% pada suku keempat 2019.
Data yang dikeluarkan pada 16 Mac menunjukkan pengeluaran kilang China menjunam pada tahap paling tajam dalam tiga dekad dalam dua bulan pertama tahun ini. Untuk tahun 2020, pertumbuhan ekonomi negara dijangka turun kepada 2.5%, menurut tinjauan Reuters – yang paling perlahan dalam hampir 50 tahun.

>Lebih daripada 5 juta orang Amerika mengajukan pengangguran minggu lalu, menjadikan jumlah tuntutan pengangguran AS kepada 22 juta dalam tempoh empat minggu.
>Dana Kewangan Antarabangsa mengatakan ekonomi Asia akan menyaksikan pertumbuhan sifar untuk pertama kalinya dalam 60 tahun.
>Pejabat Tanggungjawab Belanjawan UK telah memberi amaran bahawa ekonomi boleh menyusut sebanyak 35% dengan kehilangan 2 juta pekerjaan.
>Denmark mengatakan syarikat yang berdaftar di surga cukai tidak akan dapat mengakses bantuan kewangan.
>Industri penerbangan menjadi antara industri paling terkesan kerana kekurangan jumlah pengguna paling ketara. Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) meramalkan kerugian syarikat penerbangan sebanyak $ 113 bilion.
3.PENDIDIKAN
Dari segi pendidikan pula, banyak institusi pendidikan di seluruh dunia terpaksa di tutup. Ini melibatkan seramai 1.6b pelajar terjejas untuk mendapatkan Pendidikan menurut UNESCO.
Sekolah yang menjadi tempat kemahiran dipelajari terpaksa ditutup. Kaedah baru terpaksa dilaksanakan bagi memastikan semua pelajar mendapat ilmu yang sewajarnya.
Beberapa kaedah pembelajaran diperkenalkan oleh UNESCO bagi membendung perkara ini. Ini melibatkan pembelajaran semasa wabak dan selepas wabak. Rujuk laman sesawang UNESCO.
4.ALAM SEKITAR
Berdasarkan kepada arahan penguncian atau sekatan pergerakan yang dilaksanakan di seluruh dunia, walaupun berlaku masalah-masalah seperti pengangguran, tekanan jiwa, ekonomi dan lain-lain lagi, tidak dinafikan juga melalui penutupan kilang-kilang dan berkurangnya kenderaan dijalanan, ia memberikan kesan kepada kualiti alam sekitar.
Telah direkod bacaan kualiti udara di kebanyakan negara telah bertambah baik. Di negeri Punjab di utara India, selepas 30 tahun tidak kelihatan, akhirnya Himalaya menunjukkan dirinya selepas kualiti udara yang lebih baik akibat daripada penguncian yang dilakukan oleh kerajaan India.
Sejak Iran mengenakan langkah-langkah penjarakkan sosial serta perintah berkurung bagi membendung wabak ini, kualiti udara di beberapa tempat di sekitar Iran bertukar menjadi lebih baik.
Di Venice pula, sejak kota itu berehat daripada menerima pelancong asing selepas Itali terjejas teruk akibat COVID-19, air yang keruh sebelum ini kini kembali bersih.
Imej satelit ini pula menunjukkan penurunan paras nitrogen dioksida yang luar biasa di China dari bulan Januari sehingga Februari selepas coronavirus menyerang negara tersebut. Yang jelas, apa yang berlaku di negara-negara lain turut juga berlaku di Malaysia sendiri.
Secara umumnya, COVID19 ini membawa kepada impak yang bukan sahaja negatif, tetapi juga membawa inpak yang positif.
Ini juga memberikan ruang kepada penduduk dunia untuk berfikir kaedah yang lebih lestari dalam menjalani kehidupan yang mendatang. Baik atau buruk, terletak di tangan kita sebagai penduduk bumi untuk menentukan arah nya.
Baca Juga: 7 Prinsip Dan Pelajaran Di Dalam Al-Quran Bagi Menangani Krisis Covid-19
Ditulis Oleh: Mohd Zahril Aril