Kayu Penyepit (Chopstik) Diguna Semula Menjadi Perabot Dan Alat Perhiasan

ChopValue ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di Kanada telah menemui beberapa cara unik untuk menggunakan semula penyepit ataupun chopsticks yang telah digunakan. Sebagai contoh ianya digunakan semula sebagai sebagai dekorasi dan perabut.

Mereka memulakan proses ini dengan berkolobarasi dengan restoran yang menggunakan chopsticks. Kayu penyepit ini kemudian melalui proses pembuatan mikro, dengan mengubahnya menjadi bahan yang dapat digunakan untuk produk lain.


Pengasas ChopValue iaitu Felix Böck, telah membangunkan dan merekayasa inovatif ketika memperoleh PhD. Idea itu datang pada satu malam ketika sedang memakan sushi, Böck dan pasangannya membahas tentang kekecewaan mereka terhadap sisa binaan di kota.

Memang berminat dengan alam sekitar dan tanggungjawab korporat, Böck berharap dapat memimpin melalui tauladan dan memberi inspirasi kepada orang lain.

Syarikat ini menawarkan pelbagai barangan hiasan, termasuk rak berbentuk heksagon dan kepingan berbentuk sarang lebah. Terdapat juga kit yang mengandungi key chain, berus gigi, straw keluli tahan karat dan pembersih berus gigi.

Selain daripada pilihan standard yang sedia ada di laman web, ChopValue juga boleh menghasilkan perabot kayu dan barang barang lain.

Di antara projek besar mereka,  Böck dan syarikatnya menggunakan chostiks dengan mencipta panel dinding, meja dan lantai untuk Restoren Little Bird Dim Sum yang menggunakan lebih daripada 330,000 chopstik.

Menurut syarikat itu, usaha mereka telah mengitar semula lebih dari 25 juta penyepit setakat ini.

Anda boleh terus ke website mereka untuk melihat dan info yang lebih lajut lagi, boleh juga kalau teringin nak beli, boleh je buat pembelian terus di laman web mereka iaitu https://chopvalue.com/ . Harga? wahhh…! tapi sesuailah dengan komitmen dan proses nak menghasilkan produk tu.

Sampai sekarang penulis artikel ni masih gagal nak makan mee segera menggunakan kayu penyepit / chopstik..!!.

Baca Juga: Plastik Dan Lautan: Kebaikan Atau Kemusnahan?

 

Sumber: ChopValue

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami