Sebuah firma seni bina iaitu Spacegroup telah mengenengahkan rekabentuk kabin berasaskan kayu yang terletak di Hagefjorden, Norway.
Reka bentuk hartanah tersebut dengan sengaja tidak memasukkan jalan raya untuk laluan kereta dan akses kepadanya terhad hanya dengan melalui pendakian. Ini bertujuan untuk meminimumkan pencerobohan fizikal di kawasan semulajadi.
Menurut arkitek mereka, pandemik global COVID-19 yang awalnya melanda pertengahan Mac telah membuka peluang baru dalam industri pelancongan tempatan walaupun mempunyai kesan negatif terhadap ekonomi.
Perjalanan antarabangsa menjadi terhad kerana sekatan pandemik, menyebabkan penduduk tempatan mula beralih ke perjalanan domestik untuk menjelajahi destinasi di negara mereka sendiri.
Pada masa lalu, pembangunan kabin dan perkhemahan bermaksud memanipulasi kawasan semula jadi dengan menebang kawasan hutan yang luas untuk menghasilkan struktur yang besar, dengan jejak karbon yang besar.
Projek Movikheien Cabins ini mematahkan trend tersebut dan hasilnya, kabin dengan unit kecil dengan sentuhan tradisional, berukuran sekitar 62 meter persegi yang dibuat 100% menggunakan pembinaan kayu.
Enam belas kabin baru telah dicadangkan untuk pembangunan, masing-masing duduk di tiang tinggi di atas tanah untuk memelihara landskap sambil tetap terhubung dengan hutan.
Konsep ini berprinsip untuk memastikan bahawa ruang itu tidak dapat diakses oleh kereta dan kenderaan berat lain kerana membangun laluan kenderaan tersebut sahaja memerlukan banyak ruang yang akan mengganggu landskap.
Kawasan ini hanya boleh diakses oleh laluan mendaki yang telah dirancang oleh pelanggan dan arkitek. Aspek ini juga menyumbang pada jejak pembinaan yang lebih rendah, kerana semua komponen bangunan mestilah boleh diangkut tanpa menggunakan mesin berat.
Menarik bukan? Di negara kita Malaysia yang tercinta ini juga pasti nanti akan ada kawasan yang seperti ini, kerana kesedaran masyarakat dan juga NGO telah banyak yang beralih kepada pentingnya penjagaan alam sekitar.
Ada tak anda jumpa di Malaysia? Jika ada bolehlah komen di bawah ya untuk kami hasilkan konten berkenaan tempat tersebut.
Indah negara bermula dari rakyatnya yang mencintai negara. Sekian.
Baca Juga: Hospital ‘Unik’ Ini Dikuasakan Oleh Tenaga Solar
Sumber: https://www.spacegroup.no/