China Merancang Untuk Tidak Menggunakan Plastik Sekali Guna Menjelang 2025

China Merancang Untuk Tidak Menggunakan Plastik Sekali Guna Menjelang 2025

China Merancang Untuk Tidak Menggunakan Plastik Sekali Guna Menjelang 2025. Mempunyai bilangan penduduk seramai hampir 1.5 billion, membuatkan negara China adalah sebuah negara yang mempunyai  penduduk paling ramai di dunia. Boleh rujuk pada website ini untuk tengok secara live populasi penduduk dunia: https://www.worldometers.info/world-population/china-population/ .

China Merancang Untuk Tidak Menggunakan Plastik Sekali Guna Menjelang 2025

Merujuk kepada tajuk diatas, paling ramai penduduk dah tentunya penggunaan bahan plastik juga sangat banyak. Merujuk kepada penerbitan di University of Oxford, Our World In Data (OWID) telah mendokumenkan kadar pengeluaran plastik di China sebanyak 60 juta tan setahun atau lihat dari segi angka = 60 000 000 x 1000kg.

Bagi mengurangkan pencemaran plastik yang terhasil, kerajaan China bersedia untuk pengharaman pengeluaran dan penggunaan beberapa barangan plastik sekali guna single-use plastic  pada tahun 2025.

China Merancang Untuk Tidak Menggunakan Plastik Sekali Guna Menjelang 2025

Menurut OWID, anggaran hanya 20% daripada sisa plastik global yang dikitar semula, 25% dibakar dan 55% dibuang. Statistik yang lebih mengejutkan adalah hanya 9% daripada 5.8 bilion tan plastik yang tidak lagi digunakan telah dikitar semula sejak tahun 1950.

China Merancang Untuk Tidak Menggunakan Plastik Sekali Guna Menjelang 2025

Apa yang menarik, dari semua kawasan di seluruh dunia di mana lazimnya tidak diurus dengan baik, Asia Timur dan Rantau Pasifik 60%, diikuti oleh Asia Selatan 11%, Afrika Sub-Sahara pada 8.9%, Timur Tengah dan Utara Afrika pada 8.3%, Amerika Latin dan Caribbean pada 7.2%, Eropah dan Asia Tengah pada 3.6% dan Amerika Utara pada 0.9%.

Plastik yang terkumpul bukan hanya berada di tapak pelupusan sampah, tetapi ada juga yang telah dibuang di sungai dan di lautan yang pastinya mengancam kehidupan marin dan mengganggu ekosistem.

China Merancang Untuk Tidak Menggunakan Plastik Sekali Guna Menjelang 2025

Larangan plastik memerlukan kerjasama beberapa pihak, termasuk larangan pengeluaran dan penjualan beg plastik di China yang kurang daripada 0.025 mm tebal, larangan ke atas beg plastik di bandar-bandar utama sebelum 2021, larangan penggunaan straw di restoran sebelum 2021, dan pengurangan barangan plastik tunggal sebanyak 30% di restoran pada 2021, dan pengharaman barangan plastik guna tunggal di hotel pada tahun 2025.

Bila dilihat kesungguhan negara China untuk membendung penggunaan plastik sekali guna ini, pastinya kita juga rasa mahu mengikuti langkah itu, tapi jauh disudut hati, boleh ke kita nak kearah itu jika minum di kedai mamak, bagi teh ais tak bagi straw pun kita marah.

China Merancang Untuk Tidak Menggunakan Plastik Sekali Guna Menjelang 2025

 

Kita boleh mulakan langkah dari awal iaitu diri sendiri dan bermula dari rumah dan keluarga. Mulakan dari kurangkan plastik seperti tak guna straw jika tidak sangat diperlukan. Bawa beg plastik recycle sendiri bila membeli belah, bawa mangkuk tingkat bila ke pasar malam dan lain lain lagi.

Ingat, tak perlu tunggu orang lain, mulakan dengan diri sendiri dulu.

Baca Juga: SDG 13 – Tindakan Terhadap Iklim

 

Sumber:

https://ourworldindata.org/

https://www.ecowatch.com/

https://www.bbc.com/

 

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami