Cermin Mata Hitam Dicipta Daripada Sisa Plastik Di Lautan

ocean cleanup

The Great Pacific Garbage Patch adalah sebuah pulau sampah terapung yang terletak di Lautan Pasifik di mana banyak organisasi mengambil tanggungjawab dengan membersih dan membawanya ke pantai lalu akhirnya dibawa ke tempat pembuangan sampah.

Tetapi tidak bagi sebuah organisasi yang bernama The Ocean Cleanup, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang berpusat di Belanda, telah mengambil inisiatif dari bahan plastik lautan tersebut dengan mengitarnya semula menjadi cermin mata hitam yang bergaya.

Setelah mengambil masa bertahun-tahun untuk mengkaji, mereka lalu menggunakan cara pengambilan sampah di lautan ini dengan menggunakan sistem moniker 001 / B yang dilancarkan ke Lautan Pasifik Utara pada pertengahan 2019.

ocean cleanup

Pasukan yang terdiri lebih daripada 90 jurutera, penyelidik, saintis dan perekabentuk berjaya membawa serpihan plastik yang terkumpul di laut itu ke darat. Plastik tersebut kemudiannya dilabel dengan teliti untuk memastikan ketelusan sepanjang proses membuat cermin mata dilakukan. Tujuannya adalah untuk memastikan plastik yang digunakan pada cermin mata hitam itu nanti berasal dari pembersihan Great Pacific Garbage Patch.

Plastik yang telah dikenalpasti dan diperakui kemudian diproses pada skala komersial bagi menghasilkan plastik yang kuat dan tahan lama untuk cermin mata hitam. Cermin mata hitam ini direka oleh Yves Béhar di California dan dihasilkan oleh Safilo, sebuah syarikat kacamata terkemuka di Itali.

Setiap bahagian produk dibuat untuk dikitar semula pada jangka hayat akhir (end-of-wear lifespan), termasuk polarized lens dan engsel logam. Kerana jumlah plastik yang diperakui adalah terhad, bilangan cermin mata hitam yang dihasilkan adalah sangat minimum, namun impaknya sangat besar, iaitu setiap pembelian cermin mata hitam secara automatik telah menyokong pembersihan kawasan Great Pacific Garbage Patch yang luasnya setara dengan 24 padang bola…!

“Sangat luar biasa untuk berfikir bahawa hanya setahun yang lalu plastik ini mencemarkan lautan kita dan sekarang ini adalah sesuatu yang indah, sehingga menjadikannya dari masalah kepada penyelesaian masalah,” kata Boyan Slat, pengasas dan CEO The Ocean Cleanup.

The Ocean Cleanup akan mengembalikan 100% keuntungan ke dalam proses melakukan inovasi bagi mendapatkan cara terbaik untuk membersihkan lautan. Ini bukan hanya program sekali semata-mata, malah rancangan sedang dijalankan bagi memperbaiki Sistem 001 / B untuk penerokaan dan pembersihan lautan yang seterusnya.

Untuk maklumat lebih terperinci lagi, anda boleh layari laman web mereka pada pautan sumber di bawah artikel ini.

ocean cleanup

Menarik dan sangat terinspirasi dengan kisah mereka menyelesaikan isu global. Penulis yakin ramai juga rakyat tempatan Malaysia yang disayangi ini mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk berbuat demikian. Tetapi seperti ada sesuatu yang menghambat mereka untuk diketengahkan.

Sungai, laut, bukit, gunung dan udara kita memerlukan penyelesaian jangka panjang. Jika ada usaha-usaha daripada organisasi, inovator atau usahawan tempatan ke arah ini, marilah bersama kita sokong dan sertai mereka.

Baca Juga: Bahan Kulit Ini Dibangunkan 100% Menggunakan Sisa Bahan

 

sumber:https://theoceancleanup.com/
Image via: https://theoceancleanup.com/

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami