Agak membimbangkan kerana rakyat Malaysia hari ini menghasilkan kira-kira 37,890 tan sisa sampah setiap hari. Secara purata setiap seorang individu menghasilkan sekurang-kurangnya 1.17 kilogram sisa.
Boleh bayangkan tak sekiranya sampah tersebut di hasilkan oleh 3 sekeluarga dalam satu rumah dalam tempoh 3 tahun tanpa diuruskan sisa sampah tersebut? Agak-agak boleh tertimbus dengan sampah tak isi rumah tersebut?
Lebih membimbangkan lagi jumlah tersebut dijangka terus akan meningkat dengan pertambahan populasi penduduk. Dan menjadi lebih kronik bila tapak pelupusan dijangka akan padat atau tiada ruang untuk menguruskan sisa sampah di Malaysia nanti. Malah Malaysia akan kerugian berbilion ringgit hanya untuk fokus menguruskan sisa sampah tersebut sehingga sekarang.
Cuba kita bayangkan sekiranya peningkatan sisa sampah terus meningkat dengan tempat pengurusan sisa yang makin terhad?. Jika hal ini benar-benar berlaku, lihatlah nanti, ia akan memberi kesan kepada alam sekitar pada masa depan seperti pencemaran air dan tanah yang akan megganggu sumber air di Malaysia.
Sampah adalah sesuatu yang sangat sensitif. Kita sendiri tidak mahu ianya dekat dengan komuniti kita. Baunya pasti buat orang loya, dan secara langsung menjejaskan persekitaran serta membawa wabak yang merbahaya kepada masyarakat.
Jom Jadikan Setiap Hari Kempen Amalan Buang Sampah Dengan Hemat & Manfaat Untuk Tanaman Rumah!
Saya sebelum ini ada didedahkan untuk mengamalkan amalan kitar semula oleh pihak-pihak persendirian & berwajib. Amalan tersebut ialah menjadikan sisa buangan dapur sebagai baja untuk tanaman.
Sampah-sampah dapur dikumpul dan dimasukkan ke dalam lubang pada tanah yang telah disediakan, dimasukkan Bokashi Bran (berbentuk serbuk halus) atau boleh juga diletakkan EM (Effective Microorganisms) berbentuk cecair, kemudian di timbus dengan tanah semula.
Namun kaedah tersebut agak sukar di amalkan. Selain memerlukan kawasan yang tertentu, ia juga kadang-kadang menjadikan persekitaran berbau dan kadang-kadang kawasan tersebut diliputi ulat.
Selain itu, Kawasan tersebut menjadi sarang tikus membiak & kemungkinan akan hadir pemangsa seperti ular.
Kali ini, saya ingin berkongsi membuat air siraman & baja kompos organik dari bahan buangan dapur seperti kulit telur, sayuran & buah-buahan dengan kaedah yang lebih mesra & senang diuruskan.
Kaedah ini ialah kaedah Bekas simpanan Sampah Buatan Sendiri (Do It Yourself). Teknik lebih praktikal dan telah lama diamalkan oleh rakyat Jepun.
Ia juga dikenali sebagai tong Bokashi yang menjadikan cara pengurusan sampah setiap rumah dengan lebih bijak.
Kini tong bokashi dan bokashi bran tersebut boleh di dapati secara atas talian dengan harga yang agak berpatutan. Untuk membeli tong bokashi tersebut, harganya adalah antara RM42 sehingga RM160.
Bokashi bran pula boleh di beli secara atas talian dengan harga dari RM10 sehingga RM25 sahaja.
Namum bagi anda yang ingin memulakan dengan kos yang minima dari bahan-bahan yang sedia ada anda boleh terus mulakan. Jangan tunggu nanti. Rugi nanti.
Kaedah ini hanya memerlukan tong kedap udara yang boleh didapati dimana-mana kedai plastik atau kedai Eco shop dengan harga antara RM5 – RM15 pelbagai saiz yang dikira sesuai.
Tujuannya adalah sebagai menghalang serangga, kurang masalah bau dan supaya proses penguraian lebih cepat berlaku. Bagi saya pula, saya hanya gunakan tong simpanan kedap sedia ada di rumah.
Kemudian, anda hanya perlu beli kepala paip plastik yang akan dipasang pada bahagian bawah bekas kedap udara untuk mengambil air sisa pemerapan sisa sampah bersama bokashi bran yang boleh digunakan sebagai air baja untuk siraman pokok dan membersihkan bekas kotoran pada sinki dan lantai, juga sebagai penyembur penghalau lalat.
Secara umumnya, kaedah ini adalah mengekstrak ‘jus’ Bokashi yang berkualiti untuk menyuburkan tanaman anda dan dalam masa yang sama membuat kompos organik untuk campuran tanah – sisa makanan tersebut pula dijadikan kompos organik untuk tanaman.
Serbuk Bokashi/Bokashi Bran
Apa maksud Bokashi?
Bokashi dalam bahasa Jepun bermaksud ‘bahan organik yg diperam/tapai’.
Apakah Bokashi Bran ?
Bokashi Bran merupakan bahan-bahan kering, yang mempunyai unsur karbon. Contohnya; dedak padi/gandum, kulit padi/gandum, habuk papan, cocopeat, atau boleh juga kertas suratkhabar yang dicarik-carikkan dan kemudiannya dicampurkan dengan EM (Effective Microorganisms), molasses (gula merah), air dan beberapa bahan lain dan diperam dalam tempoh tertentu sebelum dijemur kering.
Setelah siap, bahan-bahan yang kering tadi (iaitu serbuk bokashi) ini akhirnya penuh dengan mikrob. Serbuk bokashi/bokashi bran inilah yg akan digunakan dalam proses membuat kompos bokashi/bokashi campost.
Namun, untuk membuatnya agak rumit, jadi saya amat mengesyorkan anda beli secara atas talian dalam anggaran kos rm10/per kg.
Apakah Kompos Bokashi?
Kompos bokashi pula ialah proses mengkompos bahan-bahan organik, yang terdiri dari sisa dari dapur (sisa sayur, nasi, ikan bilis, kulit telur, kulit pisang, kek, mee, dan sebagainya), sisa tanaman, dengan menggunakan mikrob (yg terdapat dalam serbuk bokashi bran)
Bagaimana Membuat Tong Bokashi Sendiri?
Peralatan-peralatan yang diperlukan :
- Tong plastik kedap udara, RM10
- Kepala paip plastik ½ inci RM5
- Batang paip ½ inci 2 kaki, RM3
- Bokashi Bran, RM10
- Potongan plastik nipis/netting dapat dari bahan buangan/terpakai.
Cara Kerja & Penghasilan Air Siraman & Kompos Bokashi :
- Tebuk ikut saiz kepala paip dibahagian bawah tong plastik untuk aliran air sisa sampah hasil sisa bokashi nanti.
- Lintangkan paip dibahagian dasar sebagai sangga untuk diletakkan plastik netting bagi memisahkan sampah supaya tidak sampai ke dasar bekas kedap udara.
- Siap, untuk digunakan. Masukkan sisa sayur, buah-buahan, kulit telur, nasi, kek, mee, dan sebagainya. Sebaikknya jangan terlalu basah, tos air jika perlu.
- Masukkan bokashi bran atas permukaan sisa sampah dan ratakan. Kemudian tutup supaya kedap udara.
- Selang 3 – 4 hari, tudung kedap udara mesti dilonggarkan untuk perlepasan gas yang dihasilkan semasa proses fermentasi berlaku.
- Ulang langkah 3 sehingga langkah 5 yang sama sehingga tong penuh. Kemudian biarkan selama dua minggu untuk membolehkan proses penguraian berlaku dengan lengkap. Seharusnya simpan tong bokashi ini di tempat yang bersuhu bilik dan elakkan terdedah kepada cahaya matahari.
Kaedah Penghasilan Tong Bokashi dari Tong Simpanan Sediaada di rumah atau boleh dibeli:
Dalam tempoh dua minggu proses penghasilan tersebut, sampah ini akan mengeluarkan bau, namun ianya tidaklah sebusk sampah biasa. Baunya seperti bau buah-buahan masam dan manis hasil tindak balas penguraian dengan bokashi bran.
Jika anda mulakan projek ini, anda akan dapati bahawa sisa buangan dapur anda akan berkurang, tidak seperti biasa. Paling menggembirakan, tiada lagi masalah ulat atau bau busuk kerana tiada lagi sisa makanan basah.
Dalam tempoh penguraian sisa sampah tersebut, tong bokashi ini akan mengeluarkan cecair berupa seperti air teh dan berbau masam manis. Air ini sangat sesuai untuk digunakan sebagai baja pada tanaman.
Namun, cecair tersebut hendaklah dicairkan terlebih dahulu dengan kadar disyorkan satu cawan air sisa sampah dapur bokashi ini kepada 10 cawan air biasa (tiada klorin atau air paip yang dibiarkan semalaman).
Sekiranya jika tidak dicairkan, disiram secara terus kepada pokok, tanaman itu akan mati. Air bokashi yang telah dicairkan ini bagus di siram pada tanaman dilaman rumah.
Cecair ini juga boleh digunakan untuk penghapus perosak pada tanaman dengan masukkan cairan tersebut kedalam bekas spray.
Baja bokashi atau kompos bokashi dari sisa sampah dapur yang telah terurai selama 10,-14 hari ini pula dari segi fizikal adalah sama dengan sampah asalnya namun warnanya adalah lebih pucat.
Pemberian baja kompos bokashi ini selain air siraman tadi, mampu meningkatkan produktiviti tanaman dan dapat menjaga kestabilan kualiti serta hasil tanaman.
Sungguhpun ia tidak mampu meningkatkan secara menyeluruh unsur nutrien dalam tanah, tapi ia mampu memperbaiki sifat fizikal, kimia dan biologi tanah.
Kemampuan lainnya, ialah menambah baja organik dalam tanah. Lambat laun, nilai kesuburan bertambah secara organic. Banyak aktiviti mikro organisma di dalam tanah. Tanah subur dapat dilihat dengan tanaman yang sihat dan kurang serangan penyakit dan perosak.
Membuat sendiri aktiviti ini dirumah sebenarnya sangat mudah, murah, bermanfaat bahkan boleh digalakkan kepada anak-anak selain meningkatkan kecintaan mereka kepada kebersihan dan kelestarian alam sekitar.
Jadi, marilah kita mulakan kempen kesedaran ini : Lestarikan Sisa Dapur Sebagai Baja Siraman & Kompos Organik.
Penulis:
Sumber :
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/574909/amp
http://animhosnan.blogspot.com/2015/05/bokasi-apa-dia.html?m=1
https://www.facebook.com/aufrha/