Berus Gigi Ini Sesuai Untuk Anda Yang Mementingkan Kelestarian Alam

Berus gigi mampan

Berus Gigi Ini Sesuai Untuk Anda Yang Mementingkan Kelestarian Alam. Setiap tahun hampir 1 billion batang berus gigi akan berkumpul di tapak pelupusan sampah.

Ini akan menyebabkan pencemaran sisa plastik yang boleh mencemarkan alam sekitar walaupun berus gigi ini sudah menjadi keperluan setiap umat manusia pada ketika ini.

Di atas kesedaran tersebut, beberapa pereka dari London mengambil inisiatif untuk membangunkan berus gigi yang pilihan yang lebih mampan, ianya dapat mengurangkan pembuangan batang berus gigi dari terus ke tapak pelupusan sampah.

Mereka menamakan ia sebagai Tooth, dimana pemegang berus gigi ini boleh bertahan lebih lama dan kepalanya yang boleh ditukar ganti dan ianya 100% boleh terbiodegrasi. Tidak sepereti berus gigi yang lain yang mana 98% tidak boleh terbiodegrasi.

Berus gigi mampan

Bahagian utama kepala berus gigi ini diperbuat daripada bit gula tempatan (sugar beets) yang telah berubah menjadi Florean, berusnya pula diperbuat daripada nylon 4 yang kedua dua bahan ini 100% ialah bahan biodegradable.

Pemegangnya pula diperbuat daripada aluminium dimana ianya 100% boleh dikitar semula apabila tidak lagi boleh digunakan. Pihak Tooth juga memberikan jaminan seumur hidup bila anda menjadi sebagai pelanggan tetap (subscriber).

Mempunyai 4 pilihan warna iaitu warna hitam(charcoal), kelabu (ash), merah jambu(rose), dan emas(gold).

Mereka juga sertakan pemegang berus gigi keluli tahan karat bagi mengelakkan terkena sentuhan kuman. Juga ada sekali set untuk travel yang diberikan juga 3 kepala berus gantian sebagai tambahan.

Berus gigi mampan

Memandangkan doktor gigi mengesyorkan menukar berus gigi anda setiap tiga bulan, jadi sebagai pelanggan, Pihak Tooth secara automatik akan menghantar kepala berus gantian terus ke rumah anda setiap tiga bulan.

Oleh kerana Syarikat Tooth tersebut menumpukan kepada prisip kemampanan, penghantaran kepada anda akan tiba dalam pembungkusan yang mesra alam. Dengan kadbod yang boleh dikitar semula, label tanpa plastik dan reka bentuk rata, semuanya boleh dikitar semula apabila diterima.

Bila rujuk pada laman sesawang mereka, ship anywhere in the world maknanya Malaysia pun boleh sampailah tu, dan boleh tahan juga harga tersebut, dalam pound sterling tu. Apa pun barang yang baik dan berkualiti memang sepadanlah dengan harganya kan.

Berus gigi mampan

Untuk maklumat lanjut atau anda mahu membelinya silalah terus ke laman web tersebut disini: Tooth. | Eco-Friendly Oral Care

Sumber: TOOTH

 

Baca Juga: 6 Manfaat Rumah Bersih Kepada Kesihatan Anda

 

 

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami