Bertani Sebagai Jaminan Sekuriti Makanan Negara: Kajian Dari Perspektif Islam

Artikel ini dikongsikan oleh: Dr Milah Binti Zainal

Kekurangan bekalan makanan menyebabkan berlakunya krisis makanan di kebanyakan Negara Islam di dunia. Isu ini telah mendorong kepada kesedaran tentang pentingnya amalan bertani atau bercucuk tanam dalam sesebuah negara.

Amalan bertani telah memungkinkan manusia berusaha terus untuk mengembangkan keupayaan pengeluaran makanan dunia. Ia juga adalah sumber energi kehidupan dunia selain tuntutan semula jadi manusia yang ditetapkan oleh Islam bagi memenuhi tuntutan jasmani dan rohani manusia.

Semenjak pertanian bermula, pengeluaran makanan telah bertambah beratus-ratus kali ganda. Malangnya bilangan manusia turut bertambah memerlukan pertambahan makanan lebih banyak kerana permintaan yang tinggi ke atas makanan.

Dalam keadaan ini kekurangan yang mendadak di sesuatu tempat biasanya mengakibatkan kelaparan dan kebuluran yang meluas. Manusia bukan sahaja akan mati dan menderita dalam jumlah yang besar tetapi ramai yang terpaksa melakukan perbuatan-perbuatan yang ekstrim oleh kerana diancam kematian disebabkan kelaparan.

Ini menunjukkan kepentingan makanan yang sebenar yang mana manusia tidak boleh hidup tanpanya dan ianya sangat memerlukan sekuriti makanan. Sekuriti makanan bermakna semua orang pada setiap masa boleh memperoleh makanan yang mencukupi untuk meneruskan hidup yang sihat dan aktif.

Bagi menjamin sekuriti makanan sesebuah negara, kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam menjamin bekalan makanan mencukupi. Di Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam pembangunan sektor pertanian.

Ia adalah merangkumi pelbagai dasar dan program bagi meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara atau sekuriti makanan. Antara dasar yang telah dijalankan oleh MOA ialah Dasar AgroMakanan Negara (DAN) yang bermula pada tahun 2010 hingga 2020 dan Dasar Jaminan Bekalan Makanan yang dilaksanakan pada tahun 2008.

 

BERTANI MENGHIDUPKAN SUNNAH PARA RASUL

“Bertani adalah suatu ibadah” slogan ini mula menjadi paparan di papan tanda dalam kalangan Muslim yang menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan pertanian.

Ini merupakan suatu anjakan yang positif kerana Islam sangat mengalakkan umatnya untuk bertani. Terdapat banyak Nas Al-quran yang menyebut mengenai tanaman khususnya hasil tanaman dan buah-buahan yang pelbagai. Misalnya;

”Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup”. (Al-An’am: 95).

”Tanaman-tanaman tumbuh subur dengan seizin Allah.” (Al-A’raaf: 58).

“Bumi ini diletakkan Allah untuk umat manusia, di dalamnya penuh dengan buah-buahan dan korma yang mempunyai kelopak- kelopak, biji-bijian yang mempunyai kulit dan berbau harum. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” (Arrahman: 10-13).

 

Selain itu, pertanian juga dapat meningkatkan keimanan dan akidah seorang hamba apabila melihat tanda kebesaranNya dengan jelas dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman.

Misalnya dalam proses tumbesaran biji benih sehinggalah menjadi tanaman yang dapat dituai hasilnya. Mungkin terkadang kita lupa, karena kita yang memelihara tanaman sehari-hari, lalu timbul fikiran bahwa kita lah yang menghidupkannya. Tidak. Ini semua adalah Allah yang melakukannya dan menghidupkannya (Syahyuti, 2020).

Dalam perkembangan tamadun manusia, pertanian merupakan aktiviti yang penting, malah majoriti penduduk di dunia melaksanakan kerja-kerja berkaitan pertanian dengan pelbagai tujuan. Kini, aktiviti bercucuk tanam semakin dipopularkan bukan sahaja dalam kalangan masyarakat kampung, malah warga bandar juga tidak ketinggalan untuk meluangkan masa berkebun walaupun sibuk dan kawasan yang terhad (Haliza, 2018).

Dalam sejarah para nabi, mereka juga berkerja sebagaimana manusia biasa untuk melangsungkan kehidupannya. Al-Hadits:”Tuhan tidak pernah mengangkat Nabi yang tidak pernah menggembala domba atau kambing”. Ini bermakna para Nabi telah mula memelihara ternakan yang juga termasuk dalam aktiviti bertani seperti kita.

Rasul hidup di tengah-tengah masyarakat yang menjalankan kegiatan pertanian, selain perdagangan.  Ketika muda, Rasulullah SAW adalah seorang pekerja yang sangat giat. Beliau menjual jasa menjadi penggembala kambing milik orang lain.

Nabi memelihara kambing dengan sangat produktif. Demikian pula dengan Nabi Isa yang diangkat menjadi nabi di umur 30 tahun dan meninggal di usia muda 3 tahun kemudian.

Dalam lukisan-lukisan kaum Nasrani ia sering digambarkan sedang menggembala kambing. Ada pula yang menyebut bahawa Nabi Isa menjadi tukang kayu (Shahyuti, 2020). Selain itu, di tanah Arab misalnya, Madinah didominasi oleh sektor pertanian dan perkebunan.

Negeri tersebut terkenal dengan jenis-jenis buah-buahan, antara lain kurma, anggur, biji-bijian dan sayur-sayuran. Begitu juga di Tha’if yang menghasilkan anggur, aneka buah-buahan dan sayur-sayuran (Ahmad Hatta, 2014).

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahwa Nabi Daud bekerja sebagai tukang besi untuk membuat baju besi. Manakala Nabi Adam bekerja sebagai sseorang petani, Nabi Nuh pula sebagai tukang kayu, Idris sebagai klermaker (?) sedang Musa sebagai penggembala kambing.

Untuk itulah setiap Muslim harus menyiapkan diri untuk mencari mata penghidupan, sebab tidak seorang Nabi pun kecuali bekerja dalam salah satu lapangan pencaharian. Nabi Muhammad SAW dalam salah satu hadisnya mengatakan:

“Tidak makan seseorang satu makanan sedikitpun yang lebih baik, melainkan dia makan atas usahanya sendiri, dan Nabi Daud makan dari hasil pekerjaanya sendiri.” (HR Bukhari).

Sejarah Islam telah mengajarkan kita tentang keperluan dalam mengelola sumber makanan, sebagai berkah yang mesti diurus menurut tuntunan Allah SWT.

Melalui bercucuk tanam, pelbagai manfaat diperoleh bagi meningkatkan kesejahteraan ummah, misalnya mereka yang menjalankan penternakan, haiwan ternaknya dapat dijadikan untuk ibadah Qurban. Haiwan ternak sebagai alat untuk menyucikan diri melalui ibadah Qurban maupun melalui zakat, infak dan sedekah seperti dalam FirmanNya:

”Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka, dan mereka menyebut nama Allah dalam beberapa hari tertentu atas rezeki yang diberikan Allah kepada mereka dari hewan-hewan ternak. maka makanlah sebagiannya dan beri makanlah orang yang melarat lagi fakir “(Al Hajj: 28).

Haiwan ternak sebagai sumber makanan, yakni sebagai sumber protein, berupa daging, susu dan telur. ”… dan bagi mereka ada beberapa manfaat dan minuman (dari binatang ternak) mengapa mereka tidak bersyukur “(Yassin: 73).

Jadi bertani juga adalah sebahagian daripada aktiviti berdakwah, jalan ibadah ghoiru mahdah. Jelaslah, bertani merupakan suatu pekerjaan paling mulia. Menanam dan memelihara sebiji benih yang begitu kecil, lalu tumbuh, berdaun, berbunga sampai berbuah.

Tentu saja Allah yang menumbuhkannya, namun ini pekerjaan yang sungguh-sungguh baik dan mulia selagi ia dikerjakan dalam rangka ibadah. Menjalankan pertanian dapat menjadi alat dakwah untuk meningkatkan keimanan umat manusia, dan ladang amal para pelakunya. Dengan menerapkan prinsip-prinsip Islam dalam bertani bermakna kita telah mencegah penyalahgunakan sektor ini dari keserakahan dan kerusakan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.

Maka, marilah kita mula berjinak-jinak dengan melakukan atau mengenali aktiviti pertanian yang terdapat di sekeliling rumah mahupun tempat kerja kita. Jangan sampai masanya nanti makanan dan minuman dari tumbuhan dan hewan dijalankan oleh orang-orang yang tidak Islami, menjadi haram digunakan.

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, perdagangan, baik perdagangan dalam negeri maupun perdagangan luar negeri telah dilaksanakan. Misi yang diemban selain untuk berdagang dan mencari keuntungan, juga untuk berdakwah menyiarkan agama Islam. Dari berdagang lah syiar Islam berkembang dan tersebar ke seluruh belahan dunia.

Para sahabat nabi dan orang-orang Arab sering melakukan perjalanan dalam rangka berdagang ke berbagai negeri termasuk ke China, Malaysia, Filipina, dan juga Indonesia. Bertani dan berdagang adalah pekerjaan para Rasul. Para Nabi dan Rasul bekerja untuk menopang keberlangsungan dakwah. Bekerja mencari nafkah dengan berniaga, bertani, dan beternak tidak dianggap menjatuhkan martabat dan tidak menurunkan kualiti tawakal mereka.

Para ulama pun tergolong orang-orang yang rajin bekerja dalam berusaha, namun mereka juga gigih dalam menuntut ilmu dan menyebarkan agama. Ketika menjadi khalifah, Abu Bakar pergi ke pasar setiap pagi memanggul beberapa helai pakaian untuk dijual. Ketika bertemu dengan Umar dan Ubaidah bin Jarrah, ia ditanya:

“Bagaimana engkau berdagang sementara engkau menjadi pemimpin kaum muslimin?” Abu Bakar berkata: “Dari mana aku menghidupi keluargaku?”

Padahal sebagaimana Umar, Abu Bakar juga memperoleh bahagian dari baitulmal. Pada hakikatnya, bertani adalah bagaimana strategi memperoleh keuntungan dengan mengelola segala aspek usaha pertanian yang bermula daripada benih yang ditabur, penjagaan, penuaian sehingga pemasaran. Ini jelas bertani adalah pekerjaan yang mulia.

 

Sekian,

Disediakan oleh: Dr Milah Binti Zainal

Facebook link: https://www.facebook.com/milah.zainal/

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami