Bandar Ini Sedang Bangunkan Inovasi Bina Jalan Raya Menggunakan Sisa Plastik

Bandar Ini Sedang Bangunkan Inovasi Bina Jalan Raya Menggunakan Sisa Plastik. Los Angeles sedang berbincang bersama pihak Technisoil iaitu sebuah syarikat perkilangan yang berinovatif untuk menggabungkan plastik bagi membina jalan raya di bandar tersebut.

Sisa plastik yang banyak dapat dilihat sebagai sumber yang berharga apabila kena pada cara mengurusnya.Penggantian bahan membuat jalan asfalt dengan sisa plastik boleh mejimatkan kos disamping dapat membantu pengurusan sisa plastik.

Memandangkan plastik tidak mudah terurai, ianya menjadi ancaman kepada alam sekitar dan sering memasuki sungai dan laut serta merosakkan ekosistem kehidupan marin.

Oleh sebab kesedaran itulah pihak Los Angeles dan Technisoil berbincang untuk menangani isu sisa plastik dan memanfaatkannya terhadap penyelengaraan jalan raya.

First Street and Grand Avenue (Wikipedia Commons)

Inovasi ini akan diuji di West First Street dan North Grand Avenue. Buat permulaan sisa plastik akan dipecahkan untuk dijadikan sebagai palet.Kemudian palet ini akan dicairkan kedalam bahan yang berasaskan petroleum iaitu bitumen. Bitumen ini adalah agen pengikat di antara sisa plastik dan asfalt.

Hasil tersebut akan dicampurkan dengan bahan-bahan lain untuk menghasilkan sejenis asfalt plastik.

Apakah kelebihan jalan plastik ini? Mereka ada alternatif yang lebih murah jika dibandingkan dengan bitumen atau asfalt tradisional.

Walaupun jalan-jalan ini memerlukan sedikit masa untuk dipasang, namun ia menjadikannya pilihan yang lebih baik dari segi kos.

Jalan-jalan plastik ini tahan lasak, mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan tujuh kali lebih kuat daripada asfalt biasa, atau dengan bahasa mudahnya mengurangkan kos penyelenggaraan.

bitumen

Mereka mendapat bahan plastik yang terkumpul di tapak pelupusan Southern California, usaha ini mampu mengoptimizekan penggunaan plastik dengan leih berkesan serentak mengurangkan kos pengurusan sisa dan kos pembinaan jalan raya.

Sekiranya proses ini dibuktikan berjaya, ia boleh menjadi pemangkin atau model kepada bandar-bandar lain di seluruh Amerika Syarikat.

“Ini adalah teknologi yang menarik dan teknologi yang mampan,” kata Keith Mozee, penolong pengarah di Jabatan Perkhidmatan Jalan. “Dan ini sesuatu yang kami percaya kehadapan boleh menjadi sebagai “game changer” jika kami menggunakan skala yang besar.”

Itu di Los Angeles, bagaimana dengan Malaysia? atau lebih tepat lagi ialah apa tindakan kita terhadap sisa sisa plastik ini? Kita yakin ,jurutera, saintis, teknologi dan syarikat tempatan mampu juga untuk melakukannya dengan syarat, kerjasama kerajaan dan pihak berkuasa tempatan mahu sama sama jayakannya.

Bab kos R&D dan kos serta lain lain boleh diadakan jika kemahuan kearah itu ada. Dan kita sebagai rakyat kena juga mainkan peranan bagi mengurangkan penggunaan bahan plastik supaya tidak menjadi sisa plastik.

Lihat sahaja dimana mana sungai di Malaysia ini, Sungai Gombak, Sungai Klang memang tak mungkin tak nampak longgokan plastik. Tapi sekarang usaha kerajaan negeri untuk membersihkan sungai sungai ini harus kita ambil sebagai inspirasi, tak mustahil nanti sungai itu akan jadi bersih dan jadi sebagai tempat pelancungan ataupun medium pengangkutan.

Cantikkan?

Jom kita bermula dengan diri sendiri dulu, bermula dari pembelian barang, bawa plastik mudah urai sendiri dari rumah atau beg plastik yang tahan lama supaya penggunaannya juga lebih lama. Kemudian di rumah asingkan plastik dan buang di tempat yang sepatutnya.

Namun telah diakui di negara kita ini telah mula timbul kesedaran terhadap perlunya menjaga alam sekitar yang mampan dan penggunaan teknologi hijau yang akan lebih meluas, ini secara tidak langsung mampu mengurangkan pencemaran dan lingkungan akan lebih selamat dan terpelihara.

Kami di mampankini berusaha sebaik mungkin untuk bersama sama memberi inspirasi dan informasi kepada anda tentang teknologi hijau, food sistem, alam sekitar dan yang terkait dengannya. Mari sama sama membantu untuk hebahkan usaha ini dengan share artikel ini kepada yang lain, agar mereka juga mendapat informasi yang baik ini.

Baca Juga:6 Manfaat Rumah Bersih Kepada Kesihatan Anda

Oleh: Hasli Ayob

 

Sumber: https://archpaper.com

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami