Sejak dahulu barangan yang dihasilkan daripada kulit memang menjadi pilihan ramai disebabkan ketahanannya dan seolah olah menampakkan si pemakainya seakan akan mewah.
Namun untuk mendapatkan produk tersebut memerlukan proses yang banyak dan kira kira 75% dari asal kulit tersebut dibuang lalu ke tempat pembuangan sampah akhirnya.
Sebuah syarikat telah melabur dalam Penyelidikan & Pembangunan (R&D) mencecah 5 juta USD dan usaha keras saintis mereka lebih 5 tahun berhasil membangun dan mempatenkan bahan yang benar-benar unik dan maju secara teknikal yang terbuat dari sisa kulit yang mampu mengubah landskap persekitaran untuk produk kulit.
Setelah bertahun penyelidikan, syarikat ini berjaya menghasilkan bahan kulit alternatif yang dihasilkan melalui sisa kulit tradisional lalu mereka mencipta cara proses yang baru iaitu dengan mengambil serat kulit tersebut dan mengubahnya menjadi produk kulit yang boleh dijadikan apa sahaja produk seperti produk kulit tradisional.
Syarikat tersebut iaitu Sustainable Composites LLC yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu mengatakan, oleh kerana produk kulit yang mereka hasilkan adalah daripada bahan kulit kitar semula, tiada keperluan haiwan tambahan untuk dikorbankan bagi mendapatkan kulit baru dan juga dapat mengurangkan jumlah pembuangan sisa.
Penghasilan kulit tradisional menghasilkan banyak sisa dan proses itu yang membuatkannya lebih mahal, lalu syarikat mereka mengubah situasi itu menjadi lebih baik iaitu guna sahaja bahan buangan dari penghasilan kulit tradisonal lalu ubahnya untuk mendapat kualiti yang setanding atau lebih baik lagi lalu menjadi alternatif yang lebih murah yang dinamakan Enspire Leather.
Mereka sangat komited untuk memberikan bahan bernilai tinggi kepada pelanggannya dan menggembirakan pengguna kerana sifat dan sumbangan terhadap persekitaran dan juga berkomitmen untuk terus membangunkan teknologi canggih bagi memaksimumkan penggunaan sampah, memaksimumkan penggunaan bahan agar menguntungkan alam sekitar.
Baca Juga: Kayu Penyepit (Chopstik) Diguna Semula Menjadi Perabot Dan Alat Perhiasan
Sumber: Sustainable Composites LLC