Masyarakat dunia sekarang mulai sedar akan pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar. Faktor faktor pencemaran alam kadangkalanya berpunca dari diri kita sendiri, cuma tak sedar sebab tiada siapa yang beritahu.
Dokumentari dibawah ini adalah hasil mereka yang sedar betapa pentingnya kita menjaganya, dalam erti kata lain cakap dan buat.
1. Before The Flood, 2016
Dihasilkan oleh Leonardo DiCaprio bersempena dengan National Geographic, Before The Flood adalah DiCaprio ketika dia berbincang dengan pemimpin dunia, ahli politik, saintis dan tokoh agama untuk lebih memahami pemikiran tentang krisis iklim.
2. Chasing Ice, 2012
Filem yang memenangi anugerah itu yang mana penghasilannya bersama-sama jurugambar selama bertahun-tahun untuk mendokumentarikan glasier yang semakin mencair.
3. More Than Honey, 2012
Dokumentari ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang pentingnya lebah madu sambil mencari jawapan tentang apa yang menyebabkan penurunan populasi lebah.
4. A Plastic Ocean, 2016
Pengembara Craig Leeson dan Tanya Streeter bekerjasama dengan pasukan saintis dan penyelidik antarabangsa untuk mengungkap sejumlah besar sisa plastik yang berada di lautan dan pantai yang membahayakan haiwan dan mencemarkan rantaian makanan.
Imej dan pelaporan merangkumi 20 lokasi selama empat tahun.
5. How to Change the World, 2015
Di garab dari video yang diarkibkan dari tahun 1971, filem ini menceritakan kisah para perintis yang mengasaskan Greenpeace dan secara tidak sengaja melahirkan Green Movement.
6. Tomorrow, 2015
Di mana banyak banyak dokumentari yang fatalistik, Dokumentari bertajuk Tomorrow ini bertujuan memberi tumpuan kepada perkara yang positif.
Hasil dari pembikin filem Perancis, Cyril Dion dan Mélanie Laurent, Tomorrow adalah perjalanan yang paling mengembirakan di sekeliling planet ini, berjumpa dengan orang dan komuniti yang fokus pada penyelesaian alam sekitar melalui pertanian, tenaga, ekonomi, pendidikan dan dasar kerajaan.
7. The True Cost, 2015
The True Cost mendedahkan penyumbang utama pencemaran, sisa dan penggunaan ialah industri fesyen. Ini adalah mengenai kos pembuatan pakaian manusia, mendedahkan gaji rendah dan rawatan buruk kepada para pekerja.
Dokumentari ini juga toksin yang disalurkan ke tanah dan saluran air melalui proses pembuatan (seperti pewarna).
Pengarah Andrew Morgan menghubungkaitkan semua ini media, budaya, norma masyarakat dan pengguna.