Sedar atau tidak, sebenarnya setiap diri pasti akan sentiasa ada perasaan untuk memastikan rumah kediaman kita sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.
Hal ini mungkin disebabkan kita telah dididik oleh ibu bapa kita semenjak kecil untuk sentiasa menjaga kebersihan di rumah. Tapi, adakah menjadi sesuatu hal yang serius jika kita membiarkan rumah kita dalam keadaan yang kotor dan tidak terurus?
Sebenarnya Ya! Ada kajian saintifik yang membuktikan kebersihan di rumah boleh memberi kesan kepada penghuninya. Rumah yang kotor dan tidak terurus akan memberi kesan yang negatif kepada kesihatan mental dan fizikal seseorang.
Kadang kala apa yang kita perlukan adalah sedikit “push” untuk kita mula membudayakan sifat menjaga kebersihan dirumah. Disini saya kongsikan 6 manfaat menjaga kebersihan dirumah kepada kesihatan kita.
1.Anda akan kurang “stress”
Apa yang kita lihat disekeliling sebenarnya memberi kesan kepada mental kita. Dalam satu kajian dari University of California, Los Angeles pada tahun 2010 mendedahkan, wanita dengan rumah yang berselerak mempunyai tahap hormon kortisol yang lebih tinggi berbanding wanita yang rumahnya kemas dan bersih.
Hormon kortisol yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah tinggi serta menigkatkan kadar glukosa dalam darah yang membawa kepada diabetes.
2.Anda akan lebih aktif!
Nampak mudah tetapi ianya berkesan; mencuci dan mengemas membuatkan anda bergerak. Mengemas rumah tidak akan memberi kesan yang sama seperti anda pergi ke gym tetapi ia adalah aktiviti sihat yang boleh dilakukan tanpa perlu keluar ke padang.
Jika kita menjadikan mengemas rumah sebagai habit, secara tidak langsung kita membuatkan badan dan mental kita lebih cergas dan cerdas sepanjang minggu.
3.Anda akan lebih produktif
Pernah tak kita merasa fokus kita terganggu sewaktu ingin melakukan kerja di rumah? Hal ini mungkin disebabkan keadaan rumah kita yang tidak tersusun dan berselerak yang mebuatkan kita merasa sukar berfikir, mencari idea dan menyelesaikan masalah.
Berbeza apabila rumah kita dalam keadaan yang tersusun dan bersih, minda kita akan berasa lebih tenang dan lebih fokus untuk menyiapkan kerja dengan lebih cepat.
4.Anda makan lebih sihat
Pernah tak anda perasan apabila anda “stressed”, anda akan lebih cenderung makan makanan ringan seperti coklat, ais krim dan minuman manis?
Ini disebabkan tindak balas semula jadi badan kita kepada tekanan, seperti yang kita bincangkan di atas, rumah yang bersepah dan kotor akan mengakibatkan “stress”.
Tetapi ada berita baik, mengemas bukan sahaja membuatkan kita kurang mengambil makanan yang tidak baik kepada kita, malahan ia membantu kita membuat pilihan yang lebih sihat.
Menurut kajian di dalam journal Psychology Science, orang yang berkerja didalam suasana yang teratur adalah 2 kali ganda keinginan memilih buah epal berbanding coklat daripada orang yang berkerja didalam suasana yang bersepah.
5.Tidur anda lebih berkualiti
Tidakkah lebih mudah untuk anda tidur apabila anda tidak lagi memikirkan hal kerja rumah yang masih tertangguh dan membuatkan anda sentiasa tidak tenang?
Apabila rumah anda bersih dan kemas anda tidak lagi akan ada perkara yang membuatkan anda perlu mengemas walaupun di saat waktu tidur anda.
Secara faktanya, National Sleep Foundation menjalankan kaji selidik mendedahkan dengan hanya mengemas katil kita selepas bangkit dari tidur akan meningkatkan kualiti tidur kita sebanyak hampir 20 peratus!
6.Anda akan kurang sakit
Rumah yang bersih meninggalkan bakteria dan kuman untuk berselindung dan membiak. Tambahan pula habuk dan sisa makanan yang berada pada permaidani, sofa, katil dan perabut boleh menyumbang kepada alahan dan asma.
Jika kita inginkan diri dan keluarga kita sihat, mengemas dan membersihkan rumah perlu dilakukan secara berkala. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kasih sayang antara keluarga secara tidak langsung membuat badan kita sentiasa aktif.
Kebersihan harus dijadikan tabiat bukan sahaja dirumah, malah ditempat kerja, pejabat mahupun dimana sahaja. Bukankah ianya amalan murni yang dituntut oleh agama, bangsa dan negara.
Baca Juga:Manfaat Berjalan Kaki 15 Minit Setiap Hari Untuk Tubuh Badan
Sumber : https://freshome.com/health-benefits-of-a-clean-home/
: https://journals.sagepub.com/doi/abs/10.1177/0956797613480186
: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19934011
: National Sleep Foundation – Bedroom Poll