5 Applikasi Ini Membantu Anda Untuk Lebih Mesra Alam Dan Mampan

1.SDGs In Action

Info terkini tentang pembangunan mampan di seluruh dunia dan anda boleh belajar tentang Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) yang berada dibawah Petubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

SDGs yang pada dasarnya adalah senarai perkara yang menjadi fokus dunia untuk mencari solusi menyelesaikan masalah kemiskinan, perubahan iklim dan ketidaksamaan menjelang tahun 2030.

5 Applikasi Ini Membantu Anda Untuk Lebih Mesra Alam Dan Mampan

Pengguna boleh muat turun di Google Play Store dan Apple App Store dan boleh set untuk menerima pemberitahuan (notifications) mengenai maklumat khusus dan mencari program yang berdekatan (jika ada) untuk memberikan sokongan.

2.JouleBug

Applikasi JouleBug menghimpunkan kehidupan anda yang lestari dan boleh berinteraksi bersama sama pengguna yang lain. Ianya membolehkan pengguna untuk “Track & Score” tabiat mampan mereka  dan berkongsi dengan kawan-kawan.

JouleBug

JouleBug

JouleBug juga mempunyai cadangan dan tips untuk anda melakukan perubahan perubahan yang kecil yang boleh membantu anda untuk hidup yang lebih sustainable.

3.Olio

Di Amerika Syarikat, mereka membuang berbilion kilogram makanan setiap tahun ianya bersamaan  30-40 peratus daripada bekalan makanan dunia. Dengan applikasi Olio, pengguna boleh berhubung dengan jiran-jiran dan perniagaan setempat untuk berkongsi makanan.

olio                            olio

Makanan yang berlebihan sama ada terlebih beli, atau memang saja saja beli banyak lepas itu menyesal, kini mereka ada tempat untuk berkongsi pada yang memerlukan melalui apps ini

4.OhFreeFood

Jika Olio lebih terkenal di Amerika Syarikat, Applikasi OhFreeFood yang masih baru ini juga semakin terkenal di Malaysia, bermula dari Januari 2019 hingga kini sudah ada lebih 10 000 muat turun di google play.

OhFreeFood

Ianya membolehkan kita berkongsi makanan yang lebih dan boleh juga untuk kita request makanan. Caranya jika ada lebihan makanan kita upload gambar makanan tersebut pada apps ini, nanti mungkin ada orang yang berdekatan yang ingin makanan tersebut.

OhFreeFood

Jiran tak sempat masak, atau memang ada orang yang betul betul kesempitan, bolehlah kita berkongsi rezeki sama sama daripada dibuang dan pembaziran akan berlaku. Selain dari makanan, boleh juga upload barang yang belum dimasak seperti tepung, beras, atau apa sahaja asalkan ianya bukanlah sisa sisa dari kita ya!

5.Good On You

Good On You membantu anda mencari jenama-jenama yang beretika etika dengan mudah melalui aplikasi pada telefon bimbit ataupun melalui pelayar internet anda.

5 Applikasi Ini Membantu Anda Untuk Lebih Mesra Alam Dan Mampan

Applikasi ini memilih perniagaan mereka berdasarkan perkara-perkara seperti mesra alam, tiada toksik, tiada unsur kekejaman, organik dan lain lain yang seangkatan dengannya.

Sebagai contoh, anda membuat carian (Search) untuk membeli beli produk, apps ini akan popup cadangan alternatif yang ditawarkan oleh kedai-kedai yang beretika. Anda juga boleh membuat tetapan untuk sasaran berdasarkan kehendak peribadi anda.

 

Semua kelima lima applikasi diatas ini memang bagus untuk digunakan dan boleh membantu kita untuk lebih sustainable, namun ada yang tak berapa terkenal di negara kita.

Mungkin sebab  kurangnya pendedahan terhadap Sustainable Future atau belum sampai lagi pendedahan kepada mereka. Namun untuk perkara no 1 dan 4 diatas memang digalakkan kita untuk muat turun.

Baca Juga: Apa Itu Sustainable Development Goal

Sharing Is Caring:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Telegram

Subscribe Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Artikel Terkini

© 2020 All rights Reserved. Design by Team Mampan Kini

Tentang Kami​ | Terma | Penafian | Hubungi Kami