Baca sampai habis..! Siapa sangka Negara yang ke – 11 ini mendahului banyak negara Maju dan Kaya dalam penggunaan sumber tenaga hijau.
1. SWEDEN
Pada tahun 2015, Sweden telah mengambil langkah yang drastik dengan matlamat yang besar: iaitu untuk menghapuskan penggunaan bahan api fosil bagi penjanaan tenaga elektrik menjelang 2040.
Sweden telah meningkatkan pelaburan dalam pembinaan solar, tenaga angin, penyimpanan tenaga, grid pintar, dan sistem transportasi yang lebih bersih .
Apa yang lebih menarik? Mereka mencabar semua negara berlumba-lumba untuk mencapai 100% penggunaan tenaga yang bersih dimana semua akan menjadi pemenangnya!
2. COSTA RICA
Negara yang kecil tetapi sangat hebat! Costa Rica kini berjaya menjana sebanyak 95% tenaga elektrik daripada hidro, geoterma, tenaga suria dan angin dalam tempoh 4 tahun yang lalu.
Mereka mensasarkan Costa Rica neutral karbon sepenuhnya menjelang tahun 2021. Mereka memanfaatkan geografi negara yang unik dan berkomitmen tinggi untuk menjaga alam sekitar telah membuahkan hasil yang terbaik.
3. NICARAGUA
Negara mana pula ni? Tak pernah dengar. Untuk maklumat Nicaragua sudah menjana tenaga yang boleh diperbaharui sejak tahun 2017.
Pada tahun 2012 mereka telah melabur sebahagian besar pendapatan Negara KDNK mereka untuk pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui dan merupakan peratusan kelima tertinggi diseluruh dunia.
Langkah seterusnya mereka mensasarkan pada tahun ini 2020, Nicaragua mampu menjana 90% tenaga hijau yang bersumberkan tenaga angin, solar dan geotermal.
4. SCOTLAND
Great Scot! Apa yang diperlukan untuk menjana tenaga elektrik hanyalah daripada hembusan angin! Pada bulan Oktober 2017 , 98% keperluan tenaga elektrik di Scotland telah dijana sepenuhnya menggunakan tenaga angin. Hebat!
5. JERMAN
Jerman adalah peneraju dunia dalam tenaga boleh diperbaharui dan pada pertengahan tahun 2018 mereka mampu menghasilkan tenaga elektrik yang cukup untuk menerangi setiap isi rumah di negara mereka selama setahun.
Jerman juga telah menetapkan sasaran dengan cita-cita yang tinggi iaitu untuk menjanakan 65% daripada tenaga elektrik daripada tenaga hijau menjelang tahun 2030.
Bagi negara yang mempunyai cuaca yang baik dengan populasi melebihi 80 juta orang, Jerman sedang menuju kearah masa depan yang cerah dan diterangi oleh tenaga suria!

6. URUGUAY
Jangan terkejut! Uruguay kini hampir 100% dikuasakan melalui tenaga diperbaharui setelah berusaha kurang daripada 10 tahun. Mereka telah melakukan pelaburan yang tinggi bagi menjana tenaga angin dan solar.
Apa rahsianya? “Membuat keputusan yang jelas, sokongan kuat keatas pengawalseliaan persekitaran dan hubungan kerjasama yang akrab di antara sektor awam dan swasta”
7. DENMARK
Pada tahun 2017, lebih separuh sumber tenaga elektrik di Denmark dijana dari tenaga angin dan solar. 43% dari penggunaan elektrik disumbang oleh tenaga angin dan ia merupakan rekod dunia!.
Ini merupakan peratusan tertinggi kuasa angin yang pernah dicapai diseluruh dunia. Mereka mensasarkan 100% bebas dari penggunaan fosil bahan api pada tahun 2050.
8. CHINA
Kita mungkin tertanya-tanya bagaimana China yang merupakan penyumbang karbon terbesar dunia boleh menjadi juara dalam tenaga yang boleh diperbaharui?
Ia mungkin kelihatan sangat intuitif, tetapi pada tahun 2017, China menjuarai jumlah pemasangan panel solar dan angin yang paling tinggi berbanding mana-mana negara di dunia.
China komited untuk menjana 35,% sumber tenaga elektrik melalui sumber bersih pada tahun 2030 dan membersihkan udara yang tercemar.
Baca juga: China Merancang Untuk Tidak Menggunakan Plastik Sekali Guna Menjelang 2025
9. MAGHRIBI
Maghribi memanfaatkan sinaran matahari yang tinggi yang diterima mereka. Maghribi sebenarnya telah melakukan lebih daripada negara lain.
Kilang penghasilan tenaga solar terpadu ditanah yang sangat luas hampir selesai dibina. Turut dibina projek mega angin dan hidro. Dijangkakan usaha mereka akan memberikan separuh daripada tenaga yang diperlukan Maghribi pada tahun 2020.
10. AMERIKA SYARIKAT
Di Amerika Syarikat, sistem tenaga suria baru dipasang setiap dua minit , 30 saat pada tahun 2014, AS menduduki tempat kelima di kedudukan global kapasiti PV solar yang dipasang.
Amerika juga mempunyai kapasiti tenaga angin terpasang kedua terbanyak di dunia selepas China.
11. KENYA
Kenya? Macam tak percayakan? Negara ini sedang mencari tenaga geoterma untuk menjamin masa depannya dan mengurangkan pergantungan kepada import elektrik yang mahal.
Kini Kenya menjana kira-kira separuh daripada tenaga elektriknya daripada geoterma, dimana hanya 13% pada tahun 2010.
Kenya juga melabur besar dalam projek angin, dengan pembinaan ladang angin terbesar di Afrika (310 MW) yang telah disambungkan ke grid pada bulan Oktober dan menjana 20% penghasilan kapasiti elektrik. Hebat!

Kesimpulan
Satu persamaan yang dapat dilihat melalui kisah kejayaan negara-negara di atas adalah didorong oleh tampuk kepimpinan yang proaktif dan bercita-cita tinggi untuk menjana tenaga yang boleh diperbaharui.
Dengan sokongan pelaburan yang tinggi, kadar pertumbuhannya dan hasil dapat dilihat dengan cepat.
Pelajaran kedua yang boleh diambil, keperluan dan kemampuan setiap negara adalah berbeza. Seperti Kenya, mereka mempunyai sumber geotermal yang mencukupi dan dapat melangkah dengan lebih cepat.
Berbeza dengan Denmark, mereka meningkatkan penjanaan kuasa angin secara berperingkat selama lebih satu dekad. Magribi pula telah melabur besar pada penjanaan tenaga solar sambil terus merancang untuk mendapatkan alternatif yang terbaik dan terbaru.
Semoga Negara juga kita tidak ketinggalan dalam melakukan reformasi ke arah penggunaan tenaga hijau yang lebih meluas.
Baca Juga: Pertanian Lestari Menjadikan Sungai Di Cuba Menjadi Bersih